-->
skip to main | skip to sidebar

Ini Belog Usang Achaa Ismail

  • Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Blogger
  • Twitter
  • Facebook
  • Feeds


Showing posts with label ♥ acha ismail ♥. Show all posts
Showing posts with label ♥ acha ismail ♥. Show all posts

Monday, January 31, 2011

.:: HALUS ::.

Bebelan natasha shazwani pada Monday, January 31, 2011 Point Bebelan ♥ acha ismail ♥ 8 Surat Layang
Assalamualaikum


Boring la kan kalau asyik bercakap "dah lama saya  tak update new entry kat dalam blog yang usang ni kan" atau "dah bersawang belog saya yang cantik ni dengan sarang labah-labah" atau " tak tau la nak cerita apa la kan" dan bla bla bla bla... 

Macam ni,  (tetiba je dah masuk macam ni kan) semalam tanggal 30 Januari 2011 sekitar pukul 9.30 pm dan bertempat di Sunshine Supermarket  saya dengan mak n adik -adik pergi lah bershoping barangan dapur dekat situ... Biasa la kalau time perayaan ni banyak la orang nak buat sales kan... Dah nama pun raya kan... Tapi kalau tak raya pun tetap jugak ramai orang kan...  Sampai-sampai je kat parking lot kat Sunshine tu  lantas dengan tangkas saya berlari seperti Smallville tu masuk ke dalam supermarket tu untuk renew member card ayah (tipu je, tipu je, tipu je)... Motif utama adalah untuk redeem voucher... dan voucher itu serta merta menjadi hak milik saya sebab saya yag renew member ayah kan... tak banyak... tapi boleh la beli moto  kawasaki untuk bagi Haidar main lumba-lumba dengan Afrina kan...lepas tu Haidar pijak moto tu dan ia pun berkecai....lepas tu Haidar pun bangun dan pergi mencari mainan yang baru untuk dimusnahkan... heeeee... Mak dengan adik pun ikut sekali masa renew kad tu... Bila dah habis renew tiba la masanya untuk menghabiskan duit yang ayah bagi untuk beli barang dapur tu... Bab habiskan duit memang saya sangat suka la kan...  bagitau sikit sapa yang tak suka....heeeee...

Dalam tengah berjalan nak ke tingkat bawah, ada la sorang budak kecik ni tengah nangis kat tepi rak pen-pen... Kesian tengok budak lelaki tu nangis... Masa tu dalam hati  'aah... mungkin budak tu tak dapat apa yang dia nak kot...dats y  la dia nangis' ...ala... kata orang Penang bebai-bebai gitu...  Tapi sambil tengok budak tu saya cakap jugak dekat adik ... 'adik, kenapa dia nangis...' memang sah-sah la adik pun tak tau kan... Nak pegi dekat budak tu macam teragak-agak la kan... nak ke tak nak, nak ke tak nak... at last adik cakap akak pegi la tanya dia kenapa... alang-alang dah lalu kat depan budak tu saya pun berhenti dan cakap 'kenapa dik?' budak tu cakap 'mak hilang' ... sambil senyum saya cakap 'owh mak hilang... bukan adik yang hilang' ... Lepas tu saya pun  pegang tangan dia nak bawak ke kaunter perkhidmatan... sambil tu saya pun pujuk la budak tu 'olololoooo...tak mau nangis, tak mau nangis... '  

Kesian pulak saya tengok dia nangis... rasa macam nak duduk sekali dengan adik tu kat satu tempat lepas tu nangis sesama... sedih betul tengok adik tu nangis... ye la selalunya kan budak-budak bila kita lagi pujuk dia akan lagi nangis kan... bukan mengada-ngada tapi memang satu perasaan yang sangat sedih bila ada orang take care dengan kita kan... jangan cakap budak-budak... yang nak jadi mak budak, yang tak jadi lagi mak budak, yang mak budak ke semua sama je...  selagi dia bernama manusia dia sama je... perasaan itu sangat halus... sangat sweet macam makan cadbury, ferrero rocher, van houtten dan macam-macam cokolat celop lagi la...hahaha... 

Tapi betul la... tengok budak tu nangis  kita pun rasa macam nak nangis sama...  sedih nye...kesian dia... sedih betul bila ada orang take care dia...  rasanya budak tu around 3 @ 4 years.  Biasa la budak-budak... bila ada kat shopping complex mesti la diorang paling excited nak merayau kan... tak reti nak duduk diam bila parent membeli-belah...  tapi itu biasa...nama pun budak-budak...  diorang cuma tau nak main je...  Saya pegang budak tu pun tak lama sangat... tak sampai 10 minit sambil jalan ke depan ayah budak tu pun  tengok saya... tak tau la pulak itu anak dia...heeee... saya lepas tangan budak tu  n bg dekat ayah dia...lepas tu ayah dia pulak berbual dengan mak saya...tak lama...kejap je ^_^

Lepas tu kan... satu feeling yang saya dapat rasa macam... entah la... rasa menggigil lutut... sebab budak tu nangis ... rasa macam nak nangis sekali...hahahah...sewel!!!!!  Alhamdulillah jumpa jugak budak tu dengan ayah dia >_< 



Selalunya kan, budak-budak ni kalau tak comel macam mana pun dia tetap akan comel jugak pada pandangan mata seseorang... Betul... tak tipu... sebab budak-budak memang comel... memang tertulis sejak azali lagi...  Kadang-kadang tu terfikir jugak saya... macam mana la tergamaknya seorang ibu dan bapa yang sanggup bunuh darah daging sendiri kan... sanggup dera budak-budak yang tak pandai nak melawan ... sanggup sepak, terajang, tarik itu, tarik ini,... sangat kejam kan?????   Buat anak pandai... dapat anak di sepak di terajang!!!!   Sangat penting kan diri sendiri!!!!  Kasi  bagi tak ada nafsu... senang... tak payah buat anak dah!!!!

Saya rasa kan kita akan rasa sangat kesian bila budak-budak menangis ... kalau tak nangis pun kita akan tengok muka budak-budak mesti akan terselit satu perasaan yang halus... kan???? kalau awak tak ada perasaan memang awak takkan rasa la kan....
mereka sepatutnya disayangi dan bukannya di zalimi,   ucapan kasih sayang yang mereka harapkan dan bukannya dihumban dengan cacian makian yang berbakul-bakul,  perlindungan yang mereka harapkan  tetapi luka yang berbirat yang  di hadiahkan.... sayangi mereka, lindungi mereka, cintai mereka, kasihi mereka kerana mereka merupakan tunggak masa depan negara... LOVE CHILDREN SO MUCH!!!

PESANAN INI DI SEDIAKAN KHAS DARI, 
NATASHA SHAZWANI BINTI ISMAIL 

Sunday, December 12, 2010

.:: YEEEPPPP ::.

Bebelan natasha shazwani pada Sunday, December 12, 2010 Point Bebelan ♥ acha ismail ♥ 0 Surat Layang
Assalamualaikum

 ^_^

...

...

...

heeee... 

sangat tidak suka duduk di rumah yeppp!!!!!

kerana hape????

saya menjadi seorang 

body builder yang sangat berjaya!!!! 

yeeeaaaayyyy!!!!

 haaaaaiiiiiiipppppppp!

TIDAK MAHU BEGITU YEPPP!!!


0---------------------------------------------------------------------------------------------------------------0

Sekarang baru timbul kesedaran untuk membuat duit... Nak duit mesti la kena buat kan... Nak buat duit mesti la kena keja kan... Tak keja tak de duit kan... Tak de duit tak boleh gi mana-mana kan... Tak de duit tak boleh beli hape yang kita nak kan... Tak de duit jugak tak boleh la menabung dalam tabung haji kan... Tak de duit dalam tabung haji tak boleh la gi buat Haji waktu muda kan... heeeee... Amin... Cepat kumpul duit! Cepat kumpul duit!


Study??? Doakan saya dapat apa yang saya mintak =) 
Amin, amin, amin!


Bila bukak je blog ni mesti nak feeling2 sikit...heeeee... rasanye sebab lagu ni kot... mula la rasa macam nak tulis novel kan... tapi idea tu macam chipsmore... *sedap jugak chipsmore*


okey sudah!!!

Babai!!!


Thursday, December 02, 2010

.:: THANK YOU ALLAH ::.

Bebelan natasha shazwani pada Thursday, December 02, 2010 Point Bebelan ♥ acha ismail ♥, ♥ sekolah tempat menimba ilmu ♥ 0 Surat Layang
Assalamualaikum


2nd entry for today!!! (^__^)


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...


Maghrib tadi saya dapat news yang sangat menggumbirekan hati!!! 

UNBELIEVABLE! 

Tak tau betul atau tak sebab tak tengok dengan mata kepala sendiri lagi... Tapi yang mengkhabarkan pun bukan calang-calang orang yang boleh tau keputusan tu kan... Tak semua boleh tau... Ya Allah betul ke ni makcik menang rumah banglo!!! heeee.. gurau je... tak mampu la makcik nak dapat banglo kan (>__<)  Tapi kalau dapat ALHAMDULILLAH...


Serius balik...

Syukur Alhamdulillah kalau betul... Kalau tak pun tak pe la sebab saya tau diri saya... Kesedaran diri tu penting yer!!!

 Semoga Allah  memberi ruang dan jalan yang mudah untuk saya terus maju kehadapan... Perjalanan saya masih jauh... nunnnnnn di sana >__<



Saturday, November 27, 2010

.:: DAMIA ZULAYKA ::.

Bebelan natasha shazwani pada Saturday, November 27, 2010 Point Bebelan .:: Hasil Kreatif ::., ♥ acha ismail ♥, ♥ Damia Zulayka ♥, ♥ koleksi ♥ 0 Surat Layang


“Maafkan saya mengganggu awak. Sebenarnya ada hal yang saya nak bincangkan dengan awak,” Tengku Farid memulakan bicaranya tenang.
Damia Zulayka hanya membalas dengan senyuman yang tidak ikhlas. Dia sebenarnya terkejut setelah mendapat panggilan dari seseorang yang mengaku dirinya Tengku Farid.
“Hal apa yang awak nak bincangkan tu?” Soal Damia penuh sopan.
“Saya tak setuju dengan cadangan orang tua saya. Kalau boleh saya tak nak teruskan rancangan mereka. Saya yakin awak pun mesti dah ada dengan pilihan hati, kan?” Tengku Farid membuat telahan keras.
Aku yakin mesti dia pun ada pilihan sendiri. Apa yang aku cakap tadi langsung tak terkesan di riak mukanya. Selambanya dia !!!
“Owh pasal itu… Kenapa? Awak dah ada pilihan awak sendiri ke?” Soal Damia Zulayka kembali.
“Kalau saya kata ya?”intonasiTengku Farid seakan-akan mengejek.
“Jadi awak nak saya buat apa?” Sakit hati Damia Zulayka melihat perlakuan lelaki dihadapannya. Seolah –olah dia yang inginkan semua ini.
“Tolak pinangan keluarga saya!” Ucapnya lantang tapi masih mengawal intonasi suaranya.
'Saya tak pernah diberi pilihan tau tak !' jerit hati Damia Zulayka.
“Kalau awak kahwin dengan saya pun awak takkan bahagia. Saya tak dapat terima awak dalam hidup saya. Saya tak kenal awak dan awak pun tak kenal saya.” sambungnya lagi.
“Apa pilihan yang saya ada?” Soalnya didalam hati.
Semenjak mengetahui dirinya dipinang oleh keluarga kawan baik ayahnya, hidup Damia Zulayka hanya bertemankan air mata. Dia berkeras menolak tetapi ayahnya memaksa.
Semalam Tengku Farid menghubunginya untuk bertemu. Dia percaya bahawa lelaki ini juga tidak setuju dan hari ini terbukti telahannya. Memanglah lelaki ini cukup segala-galanya. Memiliki wajah cerah serta senyuman yang manis disebalik wajah yang garang. Kalau tidak pernah berjumpa mungkin Damia akan menganggap lelaki dihadapannya seorang yang sangat berbudi bahasa dan mampu memikat hati wanita dengan kejernihan wajah itu. Kalau beginilah sikap lelaki yang bakal dijodohkan dengan dirinya memang malanglah nasib dirinya. Dia ingin dicintai dan mencintai. Ya! Dia hanya mencintai seorang sahaja dalam hidupnya.
“Awak dengar tak apa yang saya cakapkan ni? Awak ingat saya nak jumpa awak untuk tengok awak mengelamun je ke? Banyak lagi kerja lain yang boleh saya buat dari tengok awak mengelamun!” geram Tengku Farid melihat reaksi Damia Zulayka.
Tersentak Damia Zulayka. Dia malu diherdik sebegitu di tempat awam. Banyak mata yang sedang memandang ke arahnya. Sungguh, Damia malu.
“Awak sebagai lelaki kenapa tak nak berterus terang dengan keluarga awak sendiri? Awak ingat saya nak ke semua ni jadi? Kalau saya diberi pilihan saya pun tak nak!” Bicara Damia Zulaika masih dalam nada yang sedikit keras dan tegas.  Dia benci melihat Tengku Farid yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan perasaannya.
Sepi. Tengku Farid terpempen melihat ketegasan wanita dihadapannya.
“Saya nak balik!” pantas Damia Zulayka berdiri tapi lengannya di cengkam oleh lelaki itu. 
“Kita belum habis berbincang lagi!” Ujar Tengku Farid.
“Jangan sesuka hati awak nak pegang-pegang saya!” bentak Damia Zulayka dan menarik tangannya dari pegangan Tengku Farid.
“Maafkan saya.” ucapnya perlahan.
Damia kembali duduk di tempatnya. Masing-masing mendiamkan diri.
“Saya rasa tempat sebegini tak sesuai untuk kita bincangkan masalah ni. Ramai orang pandang. Lagipun saya dah penat memikirkan masalah yang tak ada penyelesaian ni. Tolong beri ruang untuk saya bernafas.” rayu Damia Zulayka perlahan. Matanya berkaca. Dia jadi sebak dengan semua ni.
“I’ll give you a call when I’m ready to talk about this. I beg you. Assalamualaikum.”rayunya dan berlalu.
 “Waalaikummussalam.” Jawab Tengku Farid perlahan.


Air mata Damia Zulayka tidak dapat ditahan lagi. Dia menangis sedih apabila masuk ke dalam kereta mengenangkan nasibnya.

          Dari jauh Tengku Farid dapat melihat Damia Zulayka sedang menangis hiba disebalik cermin kereta. ‘Takkan dia pun tak setuju dengan cadangan umi dan abah? Kalau macam tu lagi senang kerja aku. Kejam sangat ke aku tadi? Argh!! Peduli apa aku!!!’

          

“Damia, dari mana ni? Kenapa keluar tak bagi tahu ibu dulu? Dah la talifon tak reti nak jawab. Risau ibu kat rumah ni! ”Pertanyaan bertalu-talu keluar dari mulut Puan Ramlah.
          “Mia tak pergi mana-mana, bu. Mia masuk dulu.” jawab Damia lemah.
          ‘Ish, kenapa dengan Damia ni? Sejak bagi tahu yang dia dipinang terus macam tak ada semangat. Tak ada pulak dia cakap tak setuju.’ Kata hati Puan Ramlah.

Atur langkah Damia lemah menuju ke biliknya. Dia menguncikan diri didalam bilik. Tudungnya di buka dan diletakkan diatas katil. Damia kembali termenung di tabir jendela. Matanya berkaca lagi. Tadi selepas berjumpa dengan Tengku Farid dia memandu tanpa arah. Apa yang harus dilakukan? Jalan penyelesaian seolah-olah tertutup. Tiada ruang untuknya bernafas. Damia merenung langit. Baru dia tersedar yang dia belum lagi menunaikan solat asar. Waktu hampir ke pukul 6 petang. Dia beristighfar dalam hati. Di beri dugaan sekecil ini dia lalai mengingati Allah Yang  Maha Esa. Lantas Damia mencapai tuala dan menyucikan diri untuk menunaikan suruhan-Nya.


Sesudah solat asar,  Tengku Farid menonton televisyen di ruang tamu. Tapi ingatannya menerawang mengingati pertemuan dengan Damia Zulayka petang tadi. Memang tidak dinafikan gadis itu memiliki rupa paras yang menarik. Wajahnya polos bak anak kecil. Nampak lemah –lembut tapi garang juga. Pendiam mungkin. Tapi dia bukan pilihan aku!!! Tak mungkin aku akan kahwin dengan dia!!! Tanpa sedar dia membaling remote yang dipegangnya.
“ Farid!! Kenapa dengan kau ni? Tak pasal-pasal baling remote tu. Kalau tak nak tengok tutup je tv tu.”Tengku Loqman.
Tergamam Tengku Farid tidak menyedari kelakuannya.
          “Aa…er….Farid tak sengaja.”balasnya tergagap-gagap.
          “Apa yang tengah kau fikirkan?” Soal Tengku Loqman kehairanan sambil melipat surat khabar yang dibacanya.
“ Nothing.” balasnya.
“Farid naik dulu.” katanya ingin berlalu.
“Farid, tunggu dulu! Ada hal yang abah nak bincangkan dengan kau.”
“Hal apa , bah?”soalnya perlahan.
“Kau dah jumpa dengan Damia?” Tengku Farid bertanya.
“Dah.” jawabnya malas.
“Kalau macam tu minggu depan hari Sabtu kita pergi rumah Damia. Bincangkan apa yang patut. Majlis kau dengan dia pun dah nak dekat.” cadang Tengku Loqman.
“Abah… Farid dah ada pilihan sendiri! Tolong jangan paksa Farid.” ujar Tengku Farid sambil merayu.
“Tak! Abah tetap tak setuju dengan pilihan kau. Perempuan macam tu kau nak buat bini!!! Abah akan terima kalau perempuan tu macam Damia. Walau apa keadaan sekalipun, kau tetap akan kahwin dengan Damia juga. Muktamad!!!” Tengku Loqman menegaskan kata-katanya sambil berlalu pergi dari ruang tamu.
“Farid! Ikut la cakap abah kamu tu. Abah buat semua ni pun untuk kebaikan Farid juga. Takkan kamu nak perempuan macam Mila tu jadi ibu kepada anak-anak kamu nanti.” Tengku Zawiyah memujuk setelah menyaksikan perbualan anak-beranak itu.
“Ummi! Takkan ummi tak faham perasaan Farid pada Mila, mi! Ummi tolong la Farid. Kenapa dulu abah tak pernah halang hubungan kami? Ummi kan tahu Farid dah lama bercinta dengan Mila. Macam mana Farid nak hidup dengan orang yang Farid tak cinta, mi?” Tengku Farid memohon pengertian Tengku Zawiyah.
“Tapi Farid kan boleh cuba untuk mencintai Damia. Farid, Damia adalah yang terbaik untuk Farid. Lemah-lembut, pandai hormatkan orang tua, ada pendidikan agama, cantik… Ummi yakin, Damia dapat membahagiakan Farid.” Tengku Zawiyah berlalu meninggalkan Farid termangu seorang diri.
Farid meraup mukanya. Ya Allah bantulah hambamu ini!!


“Hai, Damia! Kenapa tak masuk kerja semalam? Tak sihat ke?” Soal Kak Emah teman rapatnya di syarikat pengiklanan.
“Assalamualaikum! “perli Damia.
“Hee…waalaikumussalam..perli akak ye…tak pe... ni hari, hari Damia esok hari akak pulak.” balas Kak Emah sambil tersengih.
“Eh apa pulak??? Esok hari Khamis lusa pulak hari Jumaat. Tak pernah pulak ada hari ‘Naemah’.” balas Damia bersahaja.
“Ye la, ye la.. kau la menang… cepat la jawab!!” Kak Emah menjeling manja.
Damai ketawa senang hati.
“Saya pening sikit semalam.” balasnya sambil mengemas fail di atas mejanya.
“So dah sihat ke? Tak pergi klinik?” Tanya Kak Emah prihatin.
“Pening sikit je. Don’t worry ok.” Balasnya tersenyum.
“Semalam Encik Taufik ada tanya pasal kau.” beritahu Kak Emah.
“Pasal apa tu?” soal Damai pelik.
“Entah. Tak de pulak dia cakap apa-apa bila akak cakap kau mc. Dia rindu kat kau kot.” gurau Kak Emah sambil ketawa.
“Ish akak ni!” Faham benar dengan perangai Kak Emah yang suka menyakat.
“Okey la. Akak nak draf laporan yang Encik Taufik bagi semalam.” katanya berlalu.
Damia menyambung kerjanya yang terbengkalai. Tiba-tiba interkomnya berbunyi.
“Damia! Masuk bilik saya sekejap.” panggil Encik Taufik.
“Baik Encik Taufiq.” balasnya sambil memandang ke arah meja Kak Emah. Wanita itu tersenyum mengusik. Damia menarik muka manja.

Damia masuk setelah ketukannya dibalas dengan arahan. Encik Taufik sedang menulis sesuatu di atas helaian kertas di atas mejanya. Lagaknya sedang menyibukkan diri. ‘Ish tadi sibuk suruh aku masuk takkan nak suruh aku terpacak je tengok dia buat kerja kot’.
“Encik Taufik?” panggil Damia.
“Ye?”
‘Ish! Biar  betul dia ni?’
“Encik panggil saya kan ?”
“A’ah… duduk la dulu.” ujar Encik Taufik selamba.
Damia duduk dengan perlahan. Sebenarnya dia tak selesa berkeadaan begini. Damia hanya menundukkan wajahnya.
Sepuluh minit berlalu tanpa apa-apa perkataan yang keluar dari mulut Encik Taufik. Damia rimas.
“Encik?”
“Boleh tak awak duduk diam-diam kat situ?” marah Encik Taufik.
Tersentak Damia.
Taufik tersedar yang dia telah memarahi Damia. Dia memejamkan mata sesaat dua dan mengeluh.
“I’m sorry!” Ucapnya perlahan sambil memandang wajah Damia yang sedang menunduk terkejut.
“ Before lunch saya nak awak ikut saya. Kita lunch sama-sama lepas tu ikut saya jumpa klien.”Terang Encik Taufik.
“Awak boleh sambung kerja awak balik.” kata Encik Taufik sambil menyambung semula kerjanya.
Damia bangun dan berlalu.
‘Kenapa dengan aku ni? Tak pasal-pasal nak marah dia.’ Kata hati Taufik sambil meletakkan pennya kembali. Dia menyesal atas keterlanjurannya. Sebenarnya dia rindukan wajah itu.

Damia duduk termanggu di kerusinya. Kenapa tiba-tiba nak marah aku?

“Hey! Apasal ni? Encik Taufik panggil Damia buat apa?” Tanya Kak Emah.
“Dia suruh saya ikut jumpa klien petang ni.” beritahu Damia acuh tak acuh.
“Ah? Yeke? Selalukan Encik Taufik pergi sorang. Tak pernah pulak akak tengok dia ajak orang. Hai lain macam je ni?” ujar Kak Emah sambil mengangkat kening kepada Damia.
“Akak ni suka nak fikir yang bukan-bukan.” Damia menyambung semula kerjanya.
“Tak de la. Pelik akak. Dulu tak pulak macam ni. Damia baik-baik… kang sangkut susah… dia tu dah la handsome. Merajuk pulak buah hati awak tu.”
Damia hanya tersenyum sambil menahan perasaan. Memang Kak Emah tahu yang hatinya telah dimiliki tetapi Kak Emah masih tidak mengetahui tentang peminangan dari keluarga Tengku Farid. Damia hanya mengambil langkah untuk berdiam diri. 

Wednesday, November 24, 2010

.:: M.P.G (Majlis Pra-Graduan) ::.

Bebelan natasha shazwani pada Wednesday, November 24, 2010 Point Bebelan ♥ acha ismail ♥, ♥ sekolah tempat menimba ilmu ♥ 0 Surat Layang
Salam ^_^

MOOD : SEDIH TAK DAPAT JOIN MPG 
Nak join MPG! Nak join MPG! Nak join MPHHHH!!! Erkkk... MPH? Bukan... bukan MPH yang jual banyak-banyak buku. Bukan kedai buku yang selalu saya gi cari novel-novel cintan cintun tu. MPG stand for malam Majlis Pra Graduan. Event ni untuk pelajar-pelajar yang tamat dalam pengajian secara tidak rasmi lagi ye la sebab belum lagi majlis konvokesyen... Bila selesai majlis konvokesyen baru la jadi rasmi serasmi rassssmmmiiii nya kan...am i  rite??? if salah tolong betul kan la ye sebab saya budak baru belajar 0 - 0 ... Memula dulu sebelum balik cuti ada la bincang-bincang dengan kengkawan yang lain. Semua macam insyaAllah akan join even ni... Bila majlis makin dekat semua macam senyap tak berlagu pun... tak de uhh tak de ahhh tak de ehhh semua la... Saya ni lagi la tak de bunyik jugak kan... Walaupun dalam hati berkoba-koba jugak nak join tapi tahan je la dulu... tahannn Natasha Shazwani... tahannnn =)
Semalam time maghrib Nieda merangkap my bestfriend kat sana mesej... "Tasha, tak nak join MPG ke?"... 
Bermula lah segalanya... uhukkk... 

Perasaan tu jangan la cakap kan... berbelah bagi nih... nak join ke tak... nak ke tak...nak tak... nak tak... kalau nak kena cakap dengan ayah dulu... ayah dah la jauh... nak mesej ni tapi mcam takut pun ada gak... ye la... nak blik Shah Alam mesti la nak pakai duit... duit "ptptipu" da abes =( *sangat kejam sebab dah pinjam duit orang lepas tu cakap macam tu pulak kan... ampunnn pak cik ptptipu...erkkk... lagi !!!*

Tapi bila di fikir-fikir kan balik macam tak berbaloi je nak blik Shah Alam semata-mata nak join MPG... lepas tu rushing nak blik Penang balik sebab 28hb sepupu kawen... Ayah & mak tak dapat pegi so kitorang adik beradik la kena pegi kan... memenuhi undangan dan meraikan pasangan pengantin *_^

Lagi 1, the most important is Ayah, Mak & Tok nak balik dari Mekah... so mesti la nak kemas-kemas rumah bagi lagi cantik kan... agak sibuk sikit on that time... Walupun rasa macam rugi je kalau tak join tapi akan lagi rugi kalau pegi semata-mata event ni je... lagi pun hati rasa macam tak sedap je kalau saya ikut majlis ni... rasanya ikut rasa hati tu lagi baik kan >_< *yup!!! pasti!!!!

Kepada kawan-kawan yang join MPG esok nope I mean ari ni... malam nanti Selamat berGumbira saya ucapkan!!! Sila snap picture bebanyak dan sila la bagi saya jeles ye! Saya memang suka kan rasa iteeewww... !!!!


Ahhhaaa!!!! Before that... Miss my gugurls!!!! Bila la kita dapat hang out ramai-ramai lagi... Macam mane dengan planning kita itueeewww ye??? Hopefully sangat-sangat jadi dan berlangsung dengan jayanye >_<

Sile la layan buah tangan pencuci hidung untuk kalian yang sudi menjadi pengunjung belog usang  saya 0_o

♥ Ita, saye, Juliah, Kak Lia & Neda ♥

♥ Neda, Saye, Ita ... Time ni kat Giant Shah Alam keluar sekali dengan Kak Lia & Abang Azri ♥

♥ Time baru habes jawab exam Puan Lina... Exam buat kali terakhir untuk diploma saye... *sile jangan pandang parut xcident di tangan saya tu ye... telupe untuk cover >_< ♥

♥ Last night di Uitm Puncak Perdana sebagai student Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik ♥
*Ifwath Yafith, Asfieda Suhaidi, Natasha Shazwani, Nurul Hazzarita & Fatrim Syah*

Lakaran kenangan di UiTM Puncak Perdana sentiasa kekal dalam memori >_<
Salam Rindu, Salam Sayang, Salam Kasih

Sunday, November 21, 2010

.:: LOVE THE WAY I SHOULD BE ::.

Bebelan natasha shazwani pada Sunday, November 21, 2010 Point Bebelan ♥ acha ismail ♥ 0 Surat Layang
Kata mereka perempuan ni sangat lah dahsyat ... Sebabnya??? Perempuan ni sangat lah suka difahami secara tersirat... Apa maksudnya tu? Let's find out! 

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 
Achaa Ismail : Sememangnya sangat lah betul. Aku selalu rasa macam ni. Selalunya bila jadi macam ni aku akan cakap dekat orang tertentu saja yang aku rasa sedih. Then iorang selalu akan tanya balik kenapa? Selalunya kalau dekat sekolah aku akan cakap dekat Ety. "Ety, orang rasa sedih la..."  Terasa rindu Ety pulak :(  Ety rindu orang tak??? *jerit kuat-kuat sikit!!!!!

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
A I : Yang ni lagi satu betul. Selalunya aku perlukan masa lepas ada orang sakitkan hati aku. Kalau orang sakitkan hati aku sememangnya la aku marah kan. So give me space utk calm down  balik. Selalunya aku akan buat donno je lepas semuanya okey. Of course la tak nak fikir benda yang menyakitkan hati kan. Rasa malu pun ada gak ;) 

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
AI : Entah ler bila nak cakap yang ni sebab aku tak penah putus hubungan kan. Omputih cakap tu apeee... break off, clash, divorce ...hurrrmmmmm... hehe... Tapi kan... aku rasa benci tu mungkin akan sekejap je... bila dah lama, semua akan okey balik kot. Rasanya lah kan... 

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
AI : Owwwhhhh yang nihhh!!! ahha!!! entoh ler. Mak cik jenab nih bukannya tau sangat pun sebab mak cik jenab tak penah nak kluar dengan mana-mana lelaki kan... Tak da lelaki yang nak ajak mak cik jenab kluor skali. takut gamaknye!!! eheheh... back to nature ;) kalau aku kluor dengan my girlfriends la kan tak de nye haku nk pikir mende lain. itu aku la kan... orang lain idok le mak cik jenab tau... 

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! 
AI : Eeeeeuuuuwwww tidakkkk!!! nanti zina mata... hehe ;) no more comment!!!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
AI : Ermmm...yang ni memang selalu la kan. Tapi aku selalu nak perasan dengan adik2 and klik aku yang tersangat rapat dengan aku je... especially time aku masak-masak kasik dorang makan aku sendiri akan cakap "Adik, sedap kan akak masak!!!" *sambil buat muka yang sangat bahagia....yeeeeiiiihaaaa...haahaha... Tapi kalau dengan orang lain tak nak la... malu mak cik!!!!

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
AI : I'm not sure about this point... Aku selalunya tak penah la pulak nak terus terang dengan orang yang aku suka kan... biasa-biasa je!!! dia layan aku kawan, aku layan dia kawan, dia mengatal lebih-lebih dengan aku, aku pun angkat kaki jalan sebab aku takut orang yang gatal dengan aku ni... rase seram je... meremang segala bulu mak cik :)

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
AI : urmmm...yang ni betul kot. heeee

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
AI : Yup! 101% BETUL!!!! hehe... tapi kan...lelaki pun sama la...

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. 
AI : Opkos la!!! ini akan menaikkan darjah kepanasan ni... Silap-silap ada yang kene bunuh nih! uishhh...haha tak de la sampai nak bunuh kan...bagi aku la... 

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
AI : Yes!!! Setuju sangat!

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. 
AI : Senyum je kot... kan ??? Tak de la semua kawan satu kampung tau kot... non setuju!

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum 
sebarangan.
AI : Yup! And 1thing... Jangan sembarangan ye nak bisik-bisik kat telinga orang and wish selamat pagi ye. Menci sangat2! You make me feel like want to fly away with you then you just left me on the road and hit by giant trailer!!! How could you!!!!

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
AI : Sangat suke!!!!

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. 
AI : Mungkin kot... tak pun dia saja nak jual mahal dulu kot...hahaahaa

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. 
AI : Terus lah berusaha ye!

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
AI : Selalu sangat berperang dengan perasaan... Amek terus machine gun... Sonang citer!!! hehe... 

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. 
AI : No comment!

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. 
AI : Creative thinking kot??? Just done on the way you are :)

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
AI : haahah...senyap-senyap je carik!!!

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! 
AI : Mungkin... 

22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
AI : Again!!!! Jangan suka hati senang lenang hati kembang setaman nak bisik-bisik kat telinga orang selamat pagi!!!!

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
AI : Yup!

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
A I : Mak cik tak kesah pon...

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 
AI : 100 % right! Plus give and take, love me the way I am, Cinta kerana Allah s.w.t :)

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
AI : Yup! Sekerat, sesuku, secebis, secubit semua tak nak...

 27. Senjata wanita adalah airmata!! 
AI : Tapi ada setengah orang suka tengok perempuan ni menangis because of them. Bangga kata nyeewww... 

 28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya  (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan  ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
AI : Entoh ler!

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
AI : Iye leeee!!! hehe

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 
AI : Tak de lah semudah sangat kan nak cintai dan sayangi sepenuh jiwa???

Conclusion is takde la benda ni betul sangat sebab ada sesetengahnya ada pada lelaki. Cuma kadang-kadang kita sedar dan tak sedar je kan? Finally, getting smile on the right track and love the way I should be ;) Peace!!!











 

Friday, November 19, 2010

.:: UNDER CONSTRUCTION ::.

Bebelan natasha shazwani pada Friday, November 19, 2010 Point Bebelan ♥ acha ismail ♥ 0 Surat Layang
Salam >_<
Saya sangat excited sebab blog baruuuuuu!!!! YiPPi!!!!
Tapi semua still under construction lagi. Nak mencantik kan apa yang patut. Saya terSAAAAAAANGATTTTTTTTTT lah ada banyak cerita yang nak di kongsi kaaaaannnnnnnnnn!!!
Harap-harap lepas ni rajin la sikit nak meng'hupdate' pinky-pinky nih <O_O>
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

♥ KLIK LAH UNTUK TAHU ♥

♥ ACHAA ISMAIL ♥

natasha shazwani
View my complete profile

♥ WAKTU ♥

 orang klik masuk

♥ ACHAA ISMAIL ♥

♥ ACHAA ISMAIL ♥

♥ CINTA HATI ♥

♥ CINTA HATI ♥
AYAH & BONDA

♥ KOLEKSI TANGIS TAWA ♥

♥ KOLEKSI TANGIS TAWA ♥

♥ SI MANJA ♥

♥ SI MANJA ♥
NOR AQILAH QISTINA BINTI MOHD SHAZRIL

♥ SI COMEL ♥

♥ SI COMEL ♥
MOHD ASYRAAF HAIDAR BIN MOHD SHAFFIQ & NUR AFRINA SYAFIQAH BINTI MOHD SHAFFIQ

♥ Chit Chat ♥

♥ L00KIN' ME AT MUKA BUKU ♥

Natasha Shazwani Ismail

Create Your Badge

♥ UPDATED ♥

  • .:: KAN KAN KAN KAN ::.
    Assalamualaikum M00d : Sentap + Meleleh + Tak Best Dulu kan masa dekat sekolah kan Ustaz @ Ustazah selalu pesan supaya jangan berbisik di ...
  • .:: HALUS ::.
    Assalamualaikum Boring la kan kalau asyik bercakap "dah lama saya  tak update new entry kat dalam blog yang usang ni kan" atau ...
  • .:: Dunia ::.
    Assalamualaikum *menaip sambil mendengar lagu nasyid... naik kan mood menulis ~_~ Penghujung tahun 2010... Tiba tahun baru... Azam? *ters...
  • : : ALHAMDULILLAH... MOMEN INDAH : :
    HAPPY WATCHING! See!!! Purple kaler tau!  Cantik kan picture ni!!! Best kan dapat jumparamai-ramai! Get ready untuk ambil jubah. From lef...
  • .:: M.P.G (Majlis Pra-Graduan) ::.
    Salam ^_^ MOOD : SEDIH TAK DAPAT JOIN MPG  Nak join MPG! Nak join MPG! Nak join MPHHHH!!! Erkkk... MPH? Bukan... bukan MPH yang jual banyak...
  • ♥ SERAM-SERAM SEJUK MAIN URUT PULAK ♥
    Bismillahhirrahmanirrahim Tahniah Skuad Harimau Muda!  Semoga terus berjaya dalam mengharumkan nama negara.  Ermm... kalau boleh kurangkanl...
  • .:: ANNOUNCEMENT ::.
    Assalamualaikum PENGUMUMAN PENTING! PENGUMUMAN PENTING! PENGUMUMAN PENTING! (^_^) Ada hal nak bagitau nih...  Macam nih... Gini...
  • .:: Tangan Dan Mata ::.
    “Masih teraba-raba dan tercari-cari. Berharap pencarian ini bertemu dengan noktahnya. Kegelapan disinari cahaya. Doa saya, yang terbaik bua...
  • ♥ S.E.B.E.L.A.S ♥
    First : The Rules. 1. You must post these rules. 2. Each person must post 11 things about themselves in their journal. 3. Answer the que...
  • . : : Turn Aku Dengar Lecture : : .
    Assalamualaikum. Morning! Welcome back to lecture class for Uni students! Bila agaknya turn aku untuk come back as a student? I'll wai...

♥ TURUN NAIK ♥

♥ MY SWEET SOUR ♥

♥ KESIBUKAN TRAFIK ♥

♥ KERAJINAN VS KEMALASAN ♥

  • ▼  2012 (1)
    • ▼  January (1)
      • ♥ TERSIRATNYA YA UKHTI ♥
  • ►  2011 (22)
    • ►  November (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (4)
    • ►  January (5)
  • ►  2010 (10)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)

♥ CERITA TENTANG MEREKA ♥

  • MIRA UTTIKA
    Obat Jerawat Tradisional yang sangat Manjur - Obat jerawat tradisional Yang sangat Manjur. Jerawat, persoalan ini memang menyerang hampir semua orang. Karena itu jerawat bukan hanya membuat rasa tidak ...
    10 years ago
  • Diary Seorang AKU
    Cerita 2015 Seorang Ayim ^_^ - ALHAMDULILLAH Cerita 1. Setelah lama tidak berblogger. Muncul balik sebab baru ingat password bagai. UiTM di bawah Fakulti Filem Teater & Animasi (FITA) ...
    10 years ago
  • : : : Atashi no Sekai : : :
    Terakhir di sini - bismillahirrahmanirrahim.. firstly, alhamdulillah akhirnya aku berjaya menghabiskan tujuh semester pengajian. lega sbb dah jilid fyp dan dah habis exam. tu...
    11 years ago
  • e ♥ i
    3 Days to Kill (2014) - 2172934 Watch Movie 3 Days to Kill High QualityDownload 3 Days to Kill High Quality with duration 113 Min and broadcast on 2014-02-14 with MPAA rating is ...
    11 years ago
  • etyradzi
    tips putus cinta kaedah 20%! - hai u ols, Sebenarnya berat nak tulis, tapi aku saja share la what im doing kalau putuih cinta. gaya mcm banyak pengalaman jek kan tp i ols biasa2 aje. mu...
    12 years ago
  • .nade.
    Project best! - Ni semua barang yang akan keluar esok.. Alhamdulillah.. Untuk yang tak tau lagi..ni lagi satu project yang na buat..untuk sama-sama tolong orang yang pe...
    12 years ago
  • sayeMAMTECIKdia
    I HAVE MOVED! VISIT MY NEW BLOG.. =) - Assalammualaikum.. Bismillahirrahmanirrahim.. Hai.. Actually Dya perasan yang blog ni masih ramai yang view walaupun Dya dah lama tak update apa apa.. Uh...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom - Novel ini menduduki no 1 Carta Bestseller di POPULAR - Rujukan Akhbar Berita Harian 24 Februari 2012PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung ti...
    14 years ago
  • Aku Syok-Syok
    -

Labels

  • : : CERITA MASA DEPAN : : (2)
  • .:: Hasil Kreatif ::. (3)
  • ♥ acha ismail ♥ (7)
  • ♥ Damia Zulayka ♥ (2)
  • ♥ koleksi ♥ (3)
  • ♥ sekolah tempat menimba ilmu ♥ (2)
 
Copyright Ini Belog Usang Achaa Ismail
Design by site5 Blogger Theme by BloggerThemes