-->
skip to main | skip to sidebar

Ini Belog Usang Achaa Ismail

  • Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Blogger
  • Twitter
  • Facebook
  • Feeds


Friday, December 31, 2010

.:: Dunia ::.

Bebelan natasha shazwani pada Friday, December 31, 2010 5 Surat Layang
Assalamualaikum

*menaip sambil mendengar lagu nasyid... naik kan mood menulis ~_~

Penghujung tahun 2010... Tiba tahun baru... Azam? *tersenyum*   *mau kawen...yes! yes! haha* I'm just joking ^_^  *wink wink wink
nehi nehi nehi!!!

Semoga tahun depan menjadi tahun yang lebih bermakna dari tahun yang lepas. 
Amin...
Sepanjang tahun yang lepas apa yang saya dah buat??? 
Macam-macam... sampai dah tak ingat dah... benda baik ke benda tak baik?
Mohon dijauhkan dari segala kemungkaran... Amal makruf nahi mungkar... Amin... 

Hari ni semua orang dapat cuti... Public holiday... sebab hape??? bola kita menang!!! yeaaayyy!! congratulation Skuad Harimau!!! Tapi macam biasa la... kalau menang semua orang sambut bagai nak rak beria bagai...sambut sana sambut sini.. bungai bagai berterabur, lambung tinggi melangit...hehehe... memang adat la kan... tapi kalau kalah, kesian dorang... tadak baik owwwwhhh!!! kalau kalah siap kena maki bagai lagi... macam- macam akan keluar dari mulut peminat... menang kalah adat pertandingan... kalau semua nak menang sape pulak nak kalah kan... bak kata bintang realiti tb suatu ketika dulu...
"semua pemenang tiada pengalah"
haha...masih kah dikau hengat ayat tu...

Tapi saya kalau game Skuad Harimau mesti nak tengok. Tapi sebelum tengok saya mesti akan cakap "ala mesti kalah punya"... Bukan apa... tanak bagi harapan kepada diri sendiri... kalau kalah rasa macam nak nangis oooowwwhhhh... hahaha...ngek kan???? heeeee... tapi dalam hati lain pulak cerita... dalam hati ni tetap nak jugak Malaysia menang! nak menang! nak menang!

Hari tu masa 1st game lawan dengan Indonesia, saya tak dapat tengok... kena keje... huihuihui... 2nd game ni pun kalau tak, tak dapat tengok jugak sebab keja petang tapi nasib baik dapat tukar dengan staf lain... dapat la saya nengok akhirnya... frust jugak la tak dapat tengok game yang dulu tapi terubat dengan 3-0 (^_^)

Goal keeper Skuad Harimau memang mantap la... terbaikkk!!! banyak yang dapat diselamat kan... saya tengok masa 2nd goal dari skuad lawan tu kalau player Muslim tak tanduk rasanya khairul fahmi dapat tangkap bola tu... tapi tak pe =)) yang terbaik sudah diberikan... gud job!!!

*malam nanti saya sambung lain ye sebab rasanya macam banyak je nk tulis sebelum masuk 2011... nak g beli barang kat umah ni jap... banyak dah habis...

Sunday, December 12, 2010

.:: YEEEPPPP ::.

Bebelan natasha shazwani pada Sunday, December 12, 2010 Point Bebelan ♥ acha ismail ♥ 0 Surat Layang
Assalamualaikum

 ^_^

...

...

...

heeee... 

sangat tidak suka duduk di rumah yeppp!!!!!

kerana hape????

saya menjadi seorang 

body builder yang sangat berjaya!!!! 

yeeeaaaayyyy!!!!

 haaaaaiiiiiiipppppppp!

TIDAK MAHU BEGITU YEPPP!!!


0---------------------------------------------------------------------------------------------------------------0

Sekarang baru timbul kesedaran untuk membuat duit... Nak duit mesti la kena buat kan... Nak buat duit mesti la kena keja kan... Tak keja tak de duit kan... Tak de duit tak boleh gi mana-mana kan... Tak de duit tak boleh beli hape yang kita nak kan... Tak de duit jugak tak boleh la menabung dalam tabung haji kan... Tak de duit dalam tabung haji tak boleh la gi buat Haji waktu muda kan... heeeee... Amin... Cepat kumpul duit! Cepat kumpul duit!


Study??? Doakan saya dapat apa yang saya mintak =) 
Amin, amin, amin!


Bila bukak je blog ni mesti nak feeling2 sikit...heeeee... rasanye sebab lagu ni kot... mula la rasa macam nak tulis novel kan... tapi idea tu macam chipsmore... *sedap jugak chipsmore*


okey sudah!!!

Babai!!!


Thursday, December 02, 2010

.:: THANK YOU ALLAH ::.

Bebelan natasha shazwani pada Thursday, December 02, 2010 Point Bebelan ♥ acha ismail ♥, ♥ sekolah tempat menimba ilmu ♥ 0 Surat Layang
Assalamualaikum


2nd entry for today!!! (^__^)


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...


Maghrib tadi saya dapat news yang sangat menggumbirekan hati!!! 

UNBELIEVABLE! 

Tak tau betul atau tak sebab tak tengok dengan mata kepala sendiri lagi... Tapi yang mengkhabarkan pun bukan calang-calang orang yang boleh tau keputusan tu kan... Tak semua boleh tau... Ya Allah betul ke ni makcik menang rumah banglo!!! heeee.. gurau je... tak mampu la makcik nak dapat banglo kan (>__<)  Tapi kalau dapat ALHAMDULILLAH...


Serius balik...

Syukur Alhamdulillah kalau betul... Kalau tak pun tak pe la sebab saya tau diri saya... Kesedaran diri tu penting yer!!!

 Semoga Allah  memberi ruang dan jalan yang mudah untuk saya terus maju kehadapan... Perjalanan saya masih jauh... nunnnnnn di sana >__<



.:: ANNOUNCEMENT ::.

Bebelan natasha shazwani pada Thursday, December 02, 2010 Point Bebelan .:: Hasil Kreatif ::., ♥ Damia Zulayka ♥, ♥ koleksi ♥ 0 Surat Layang
Assalamualaikum


PENGUMUMAN PENTING!

PENGUMUMAN PENTING!

PENGUMUMAN PENTING!


(^_^)


Ada hal nak bagitau nih... 



Macam nih...


Gini nihhhh...


Urmmmm...


Okey lah...


Cerita DAMIA ZULAYKA ni ada sambungannya... 

Sape yang penah baca blog saye yang dulu tau la kot pasal cite ni ^_^

Nanti saye update ye!

Sekarang sibuk sikit...

So tak dapat la nak update lagi >_<

Itu aje >_0

(^_^)


* Mak, Ayah n Tok Mek 'Ah dah selamat pulang dari Tanah Suci... semuanya sihat-sihat Alhamdulillah (>_<) 



Saturday, November 27, 2010

.:: DAMIA ZULAYKA ::.

Bebelan natasha shazwani pada Saturday, November 27, 2010 Point Bebelan .:: Hasil Kreatif ::., ♥ acha ismail ♥, ♥ Damia Zulayka ♥, ♥ koleksi ♥ 0 Surat Layang


“Maafkan saya mengganggu awak. Sebenarnya ada hal yang saya nak bincangkan dengan awak,” Tengku Farid memulakan bicaranya tenang.
Damia Zulayka hanya membalas dengan senyuman yang tidak ikhlas. Dia sebenarnya terkejut setelah mendapat panggilan dari seseorang yang mengaku dirinya Tengku Farid.
“Hal apa yang awak nak bincangkan tu?” Soal Damia penuh sopan.
“Saya tak setuju dengan cadangan orang tua saya. Kalau boleh saya tak nak teruskan rancangan mereka. Saya yakin awak pun mesti dah ada dengan pilihan hati, kan?” Tengku Farid membuat telahan keras.
Aku yakin mesti dia pun ada pilihan sendiri. Apa yang aku cakap tadi langsung tak terkesan di riak mukanya. Selambanya dia !!!
“Owh pasal itu… Kenapa? Awak dah ada pilihan awak sendiri ke?” Soal Damia Zulayka kembali.
“Kalau saya kata ya?”intonasiTengku Farid seakan-akan mengejek.
“Jadi awak nak saya buat apa?” Sakit hati Damia Zulayka melihat perlakuan lelaki dihadapannya. Seolah –olah dia yang inginkan semua ini.
“Tolak pinangan keluarga saya!” Ucapnya lantang tapi masih mengawal intonasi suaranya.
'Saya tak pernah diberi pilihan tau tak !' jerit hati Damia Zulayka.
“Kalau awak kahwin dengan saya pun awak takkan bahagia. Saya tak dapat terima awak dalam hidup saya. Saya tak kenal awak dan awak pun tak kenal saya.” sambungnya lagi.
“Apa pilihan yang saya ada?” Soalnya didalam hati.
Semenjak mengetahui dirinya dipinang oleh keluarga kawan baik ayahnya, hidup Damia Zulayka hanya bertemankan air mata. Dia berkeras menolak tetapi ayahnya memaksa.
Semalam Tengku Farid menghubunginya untuk bertemu. Dia percaya bahawa lelaki ini juga tidak setuju dan hari ini terbukti telahannya. Memanglah lelaki ini cukup segala-galanya. Memiliki wajah cerah serta senyuman yang manis disebalik wajah yang garang. Kalau tidak pernah berjumpa mungkin Damia akan menganggap lelaki dihadapannya seorang yang sangat berbudi bahasa dan mampu memikat hati wanita dengan kejernihan wajah itu. Kalau beginilah sikap lelaki yang bakal dijodohkan dengan dirinya memang malanglah nasib dirinya. Dia ingin dicintai dan mencintai. Ya! Dia hanya mencintai seorang sahaja dalam hidupnya.
“Awak dengar tak apa yang saya cakapkan ni? Awak ingat saya nak jumpa awak untuk tengok awak mengelamun je ke? Banyak lagi kerja lain yang boleh saya buat dari tengok awak mengelamun!” geram Tengku Farid melihat reaksi Damia Zulayka.
Tersentak Damia Zulayka. Dia malu diherdik sebegitu di tempat awam. Banyak mata yang sedang memandang ke arahnya. Sungguh, Damia malu.
“Awak sebagai lelaki kenapa tak nak berterus terang dengan keluarga awak sendiri? Awak ingat saya nak ke semua ni jadi? Kalau saya diberi pilihan saya pun tak nak!” Bicara Damia Zulaika masih dalam nada yang sedikit keras dan tegas.  Dia benci melihat Tengku Farid yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan perasaannya.
Sepi. Tengku Farid terpempen melihat ketegasan wanita dihadapannya.
“Saya nak balik!” pantas Damia Zulayka berdiri tapi lengannya di cengkam oleh lelaki itu. 
“Kita belum habis berbincang lagi!” Ujar Tengku Farid.
“Jangan sesuka hati awak nak pegang-pegang saya!” bentak Damia Zulayka dan menarik tangannya dari pegangan Tengku Farid.
“Maafkan saya.” ucapnya perlahan.
Damia kembali duduk di tempatnya. Masing-masing mendiamkan diri.
“Saya rasa tempat sebegini tak sesuai untuk kita bincangkan masalah ni. Ramai orang pandang. Lagipun saya dah penat memikirkan masalah yang tak ada penyelesaian ni. Tolong beri ruang untuk saya bernafas.” rayu Damia Zulayka perlahan. Matanya berkaca. Dia jadi sebak dengan semua ni.
“I’ll give you a call when I’m ready to talk about this. I beg you. Assalamualaikum.”rayunya dan berlalu.
 “Waalaikummussalam.” Jawab Tengku Farid perlahan.


Air mata Damia Zulayka tidak dapat ditahan lagi. Dia menangis sedih apabila masuk ke dalam kereta mengenangkan nasibnya.

          Dari jauh Tengku Farid dapat melihat Damia Zulayka sedang menangis hiba disebalik cermin kereta. ‘Takkan dia pun tak setuju dengan cadangan umi dan abah? Kalau macam tu lagi senang kerja aku. Kejam sangat ke aku tadi? Argh!! Peduli apa aku!!!’

          

“Damia, dari mana ni? Kenapa keluar tak bagi tahu ibu dulu? Dah la talifon tak reti nak jawab. Risau ibu kat rumah ni! ”Pertanyaan bertalu-talu keluar dari mulut Puan Ramlah.
          “Mia tak pergi mana-mana, bu. Mia masuk dulu.” jawab Damia lemah.
          ‘Ish, kenapa dengan Damia ni? Sejak bagi tahu yang dia dipinang terus macam tak ada semangat. Tak ada pulak dia cakap tak setuju.’ Kata hati Puan Ramlah.

Atur langkah Damia lemah menuju ke biliknya. Dia menguncikan diri didalam bilik. Tudungnya di buka dan diletakkan diatas katil. Damia kembali termenung di tabir jendela. Matanya berkaca lagi. Tadi selepas berjumpa dengan Tengku Farid dia memandu tanpa arah. Apa yang harus dilakukan? Jalan penyelesaian seolah-olah tertutup. Tiada ruang untuknya bernafas. Damia merenung langit. Baru dia tersedar yang dia belum lagi menunaikan solat asar. Waktu hampir ke pukul 6 petang. Dia beristighfar dalam hati. Di beri dugaan sekecil ini dia lalai mengingati Allah Yang  Maha Esa. Lantas Damia mencapai tuala dan menyucikan diri untuk menunaikan suruhan-Nya.


Sesudah solat asar,  Tengku Farid menonton televisyen di ruang tamu. Tapi ingatannya menerawang mengingati pertemuan dengan Damia Zulayka petang tadi. Memang tidak dinafikan gadis itu memiliki rupa paras yang menarik. Wajahnya polos bak anak kecil. Nampak lemah –lembut tapi garang juga. Pendiam mungkin. Tapi dia bukan pilihan aku!!! Tak mungkin aku akan kahwin dengan dia!!! Tanpa sedar dia membaling remote yang dipegangnya.
“ Farid!! Kenapa dengan kau ni? Tak pasal-pasal baling remote tu. Kalau tak nak tengok tutup je tv tu.”Tengku Loqman.
Tergamam Tengku Farid tidak menyedari kelakuannya.
          “Aa…er….Farid tak sengaja.”balasnya tergagap-gagap.
          “Apa yang tengah kau fikirkan?” Soal Tengku Loqman kehairanan sambil melipat surat khabar yang dibacanya.
“ Nothing.” balasnya.
“Farid naik dulu.” katanya ingin berlalu.
“Farid, tunggu dulu! Ada hal yang abah nak bincangkan dengan kau.”
“Hal apa , bah?”soalnya perlahan.
“Kau dah jumpa dengan Damia?” Tengku Farid bertanya.
“Dah.” jawabnya malas.
“Kalau macam tu minggu depan hari Sabtu kita pergi rumah Damia. Bincangkan apa yang patut. Majlis kau dengan dia pun dah nak dekat.” cadang Tengku Loqman.
“Abah… Farid dah ada pilihan sendiri! Tolong jangan paksa Farid.” ujar Tengku Farid sambil merayu.
“Tak! Abah tetap tak setuju dengan pilihan kau. Perempuan macam tu kau nak buat bini!!! Abah akan terima kalau perempuan tu macam Damia. Walau apa keadaan sekalipun, kau tetap akan kahwin dengan Damia juga. Muktamad!!!” Tengku Loqman menegaskan kata-katanya sambil berlalu pergi dari ruang tamu.
“Farid! Ikut la cakap abah kamu tu. Abah buat semua ni pun untuk kebaikan Farid juga. Takkan kamu nak perempuan macam Mila tu jadi ibu kepada anak-anak kamu nanti.” Tengku Zawiyah memujuk setelah menyaksikan perbualan anak-beranak itu.
“Ummi! Takkan ummi tak faham perasaan Farid pada Mila, mi! Ummi tolong la Farid. Kenapa dulu abah tak pernah halang hubungan kami? Ummi kan tahu Farid dah lama bercinta dengan Mila. Macam mana Farid nak hidup dengan orang yang Farid tak cinta, mi?” Tengku Farid memohon pengertian Tengku Zawiyah.
“Tapi Farid kan boleh cuba untuk mencintai Damia. Farid, Damia adalah yang terbaik untuk Farid. Lemah-lembut, pandai hormatkan orang tua, ada pendidikan agama, cantik… Ummi yakin, Damia dapat membahagiakan Farid.” Tengku Zawiyah berlalu meninggalkan Farid termangu seorang diri.
Farid meraup mukanya. Ya Allah bantulah hambamu ini!!


“Hai, Damia! Kenapa tak masuk kerja semalam? Tak sihat ke?” Soal Kak Emah teman rapatnya di syarikat pengiklanan.
“Assalamualaikum! “perli Damia.
“Hee…waalaikumussalam..perli akak ye…tak pe... ni hari, hari Damia esok hari akak pulak.” balas Kak Emah sambil tersengih.
“Eh apa pulak??? Esok hari Khamis lusa pulak hari Jumaat. Tak pernah pulak ada hari ‘Naemah’.” balas Damia bersahaja.
“Ye la, ye la.. kau la menang… cepat la jawab!!” Kak Emah menjeling manja.
Damai ketawa senang hati.
“Saya pening sikit semalam.” balasnya sambil mengemas fail di atas mejanya.
“So dah sihat ke? Tak pergi klinik?” Tanya Kak Emah prihatin.
“Pening sikit je. Don’t worry ok.” Balasnya tersenyum.
“Semalam Encik Taufik ada tanya pasal kau.” beritahu Kak Emah.
“Pasal apa tu?” soal Damai pelik.
“Entah. Tak de pulak dia cakap apa-apa bila akak cakap kau mc. Dia rindu kat kau kot.” gurau Kak Emah sambil ketawa.
“Ish akak ni!” Faham benar dengan perangai Kak Emah yang suka menyakat.
“Okey la. Akak nak draf laporan yang Encik Taufik bagi semalam.” katanya berlalu.
Damia menyambung kerjanya yang terbengkalai. Tiba-tiba interkomnya berbunyi.
“Damia! Masuk bilik saya sekejap.” panggil Encik Taufik.
“Baik Encik Taufiq.” balasnya sambil memandang ke arah meja Kak Emah. Wanita itu tersenyum mengusik. Damia menarik muka manja.

Damia masuk setelah ketukannya dibalas dengan arahan. Encik Taufik sedang menulis sesuatu di atas helaian kertas di atas mejanya. Lagaknya sedang menyibukkan diri. ‘Ish tadi sibuk suruh aku masuk takkan nak suruh aku terpacak je tengok dia buat kerja kot’.
“Encik Taufik?” panggil Damia.
“Ye?”
‘Ish! Biar  betul dia ni?’
“Encik panggil saya kan ?”
“A’ah… duduk la dulu.” ujar Encik Taufik selamba.
Damia duduk dengan perlahan. Sebenarnya dia tak selesa berkeadaan begini. Damia hanya menundukkan wajahnya.
Sepuluh minit berlalu tanpa apa-apa perkataan yang keluar dari mulut Encik Taufik. Damia rimas.
“Encik?”
“Boleh tak awak duduk diam-diam kat situ?” marah Encik Taufik.
Tersentak Damia.
Taufik tersedar yang dia telah memarahi Damia. Dia memejamkan mata sesaat dua dan mengeluh.
“I’m sorry!” Ucapnya perlahan sambil memandang wajah Damia yang sedang menunduk terkejut.
“ Before lunch saya nak awak ikut saya. Kita lunch sama-sama lepas tu ikut saya jumpa klien.”Terang Encik Taufik.
“Awak boleh sambung kerja awak balik.” kata Encik Taufik sambil menyambung semula kerjanya.
Damia bangun dan berlalu.
‘Kenapa dengan aku ni? Tak pasal-pasal nak marah dia.’ Kata hati Taufik sambil meletakkan pennya kembali. Dia menyesal atas keterlanjurannya. Sebenarnya dia rindukan wajah itu.

Damia duduk termanggu di kerusinya. Kenapa tiba-tiba nak marah aku?

“Hey! Apasal ni? Encik Taufik panggil Damia buat apa?” Tanya Kak Emah.
“Dia suruh saya ikut jumpa klien petang ni.” beritahu Damia acuh tak acuh.
“Ah? Yeke? Selalukan Encik Taufik pergi sorang. Tak pernah pulak akak tengok dia ajak orang. Hai lain macam je ni?” ujar Kak Emah sambil mengangkat kening kepada Damia.
“Akak ni suka nak fikir yang bukan-bukan.” Damia menyambung semula kerjanya.
“Tak de la. Pelik akak. Dulu tak pulak macam ni. Damia baik-baik… kang sangkut susah… dia tu dah la handsome. Merajuk pulak buah hati awak tu.”
Damia hanya tersenyum sambil menahan perasaan. Memang Kak Emah tahu yang hatinya telah dimiliki tetapi Kak Emah masih tidak mengetahui tentang peminangan dari keluarga Tengku Farid. Damia hanya mengambil langkah untuk berdiam diri. 

Wednesday, November 24, 2010

.:: SILE LA MENJAMU SELERA DI SINI >_< ::.

Bebelan natasha shazwani pada Wednesday, November 24, 2010 Point Bebelan .:: Hasil Kreatif ::. 2 Surat Layang
Salam...
Selamat Petang o_o

Rajin la pulak kan petang-petang time matahari tepacak kat atas kepala, saya create new entry kan... ??? Kan da cakap... bila kerajinan untuk menghupdate tu ada so tak boleh la nak halang kannnn... bila kemalasan tu main cilok cak tak boleh la nak kata apa da... terima la seadanya ^_^
Ari ni dengan m00d yang rajin nyeeewww... saya meng00gle tenet carik resepi nasi daging...  yeeeaaayyyy!!! ari ni nak masak nasi daging setelah sekian lamanyeee merangka untuk masak nasi daging ni... Tak susah pun... Sonang & Sodap!!!! Nasi daging femes dekat Penang je kot... Especially dekat Seberang Perai sinun nuuuu!!! hahaha... Jiran saya selalu buat... bila dia buat nasi ni dia akan hulurkan sepinggan kat rumah saya buat rasa-rasa celah gigi ;) tak de la... *joke ... sedap jugak nasi yang dia buat tu... So saya pun nak try buat jugak... Mana la tau menjadi kannnnnn... Lagi pun semalam dah buat persidangan meja bulat dengan Kak Anis ( sis-in-law ) nak masak apa untuk hari ni... Saya cakap nak buat nasi daging tapi takut perooowwwtttt - peroooowwwwtttt yang nak diisi kat umah ni bising-bising pulak sebab nasi ni tak berkuah... Dorang ni makan semua nak berkuah... dah tu komplen nyeee... MASYAALLAH!!!! 

Ye makan nasi, daging, dan di cicah dengan air asam... simple je... cuma nak masak nasi tu yang banyak kerenah sikit >_< Tapi rasanya kalau nak buat daging masak merah ke boleh jugak...lagi sedap kalau buat daging masak merah... Saye memang terer buat daging masak merah *bangge nehhh!!! haha...tak de la... boleh la nak main masak-masak sikit...ngeee >-0

Kak Anis pun give support... " Ala, akak buat je... tak pa tak pa... buat ja..." ngeee... Saya pun pegi la pasar pagi ni beli bahan-bahan nak masak... lagi pun dah berapa ari tak pegi pasar kan...banyak bahan mentah dah abes... tak de benda da nak masak :)

Tak report dekat mak lagi ni ari ni masak ape... hehehe...tunggguuu!!!! Tiap-tiap hari mesti kena report kat mak dulu menu apa hari ni... apa yang perooowwwwttt-peeeerrroooowwwttt kat umah ni komplen pun akan di report jugak...hahaha... ai kaki report tawwww!!! siap la peeeerrrrooowwwwttt-ppppeeeerrroooowwwwttt kat rumah ni kalau buat jahat...hahahaha (gelak bosau nihhhhh)

psssttt... buat yang tak pandai masak macam saye ni sebaiknya anda google la kat tenet carik resepi... nak-nak lagi time tak de parents untuk ajar memasak kan... time parents ada tanak pulak belajar masak... time tak de ni baru la tehegeh-hegeh minta resepi sana sini... buka la kitab-kitab panduan memasak... ari tu nak buat kueh aye pun kene bukak buku resepi mak... nasib baik mak ai ni jenis yang rajin menulis segala resepi tok nenek dahulu kala zaman tok kaduk...ngeee!!! anak nye???? rajin makan je... Tapi jangan risau... zaman sekarang ni segalanyeeewww di hujung jari anda jeeee... haha... saye ni memang suke klik-klik kat tenet ni je... tapi kalau mak ada opkos la ai gune resepi mak kite...lagi sodap!!!
Lagi 1... saye tak suke masak sayo sebab saye tak pandai makan sayo... eyhhhh silappp... saye tak pandai masak sayo sebab saye tak suke makan sayo... baru betol nihhh...haha ... tak suke makan sebab tu la jadi tak pandai masak, kannnn???

Sile la nikmati picture yang di snap lepas nasik daging ni masak tadi >_< 
SELAMAT MENCUCI MATE LA YEEEWWW!!! DAAAA... Chow chin chauuu!!!!

♥ Ini la nasi daging nye tu ♥

♥ Ini pulak air asam untuk nasi daging nye tu pulak >_< ♥

p/s: kalau nak sedap gune la beras basmathi...
entri ni dah di tulis dari pukul 1 tadi lepas siap masak tp sekarang baru boleh post dengan jayanye >_< entoh le masalah teknikel hape tadi tak dapat nak upload picture... 

.:: M.P.G (Majlis Pra-Graduan) ::.

Bebelan natasha shazwani pada Wednesday, November 24, 2010 Point Bebelan ♥ acha ismail ♥, ♥ sekolah tempat menimba ilmu ♥ 0 Surat Layang
Salam ^_^

MOOD : SEDIH TAK DAPAT JOIN MPG 
Nak join MPG! Nak join MPG! Nak join MPHHHH!!! Erkkk... MPH? Bukan... bukan MPH yang jual banyak-banyak buku. Bukan kedai buku yang selalu saya gi cari novel-novel cintan cintun tu. MPG stand for malam Majlis Pra Graduan. Event ni untuk pelajar-pelajar yang tamat dalam pengajian secara tidak rasmi lagi ye la sebab belum lagi majlis konvokesyen... Bila selesai majlis konvokesyen baru la jadi rasmi serasmi rassssmmmiiii nya kan...am i  rite??? if salah tolong betul kan la ye sebab saya budak baru belajar 0 - 0 ... Memula dulu sebelum balik cuti ada la bincang-bincang dengan kengkawan yang lain. Semua macam insyaAllah akan join even ni... Bila majlis makin dekat semua macam senyap tak berlagu pun... tak de uhh tak de ahhh tak de ehhh semua la... Saya ni lagi la tak de bunyik jugak kan... Walaupun dalam hati berkoba-koba jugak nak join tapi tahan je la dulu... tahannn Natasha Shazwani... tahannnn =)
Semalam time maghrib Nieda merangkap my bestfriend kat sana mesej... "Tasha, tak nak join MPG ke?"... 
Bermula lah segalanya... uhukkk... 

Perasaan tu jangan la cakap kan... berbelah bagi nih... nak join ke tak... nak ke tak...nak tak... nak tak... kalau nak kena cakap dengan ayah dulu... ayah dah la jauh... nak mesej ni tapi mcam takut pun ada gak... ye la... nak blik Shah Alam mesti la nak pakai duit... duit "ptptipu" da abes =( *sangat kejam sebab dah pinjam duit orang lepas tu cakap macam tu pulak kan... ampunnn pak cik ptptipu...erkkk... lagi !!!*

Tapi bila di fikir-fikir kan balik macam tak berbaloi je nak blik Shah Alam semata-mata nak join MPG... lepas tu rushing nak blik Penang balik sebab 28hb sepupu kawen... Ayah & mak tak dapat pegi so kitorang adik beradik la kena pegi kan... memenuhi undangan dan meraikan pasangan pengantin *_^

Lagi 1, the most important is Ayah, Mak & Tok nak balik dari Mekah... so mesti la nak kemas-kemas rumah bagi lagi cantik kan... agak sibuk sikit on that time... Walupun rasa macam rugi je kalau tak join tapi akan lagi rugi kalau pegi semata-mata event ni je... lagi pun hati rasa macam tak sedap je kalau saya ikut majlis ni... rasanya ikut rasa hati tu lagi baik kan >_< *yup!!! pasti!!!!

Kepada kawan-kawan yang join MPG esok nope I mean ari ni... malam nanti Selamat berGumbira saya ucapkan!!! Sila snap picture bebanyak dan sila la bagi saya jeles ye! Saya memang suka kan rasa iteeewww... !!!!


Ahhhaaa!!!! Before that... Miss my gugurls!!!! Bila la kita dapat hang out ramai-ramai lagi... Macam mane dengan planning kita itueeewww ye??? Hopefully sangat-sangat jadi dan berlangsung dengan jayanye >_<

Sile la layan buah tangan pencuci hidung untuk kalian yang sudi menjadi pengunjung belog usang  saya 0_o

♥ Ita, saye, Juliah, Kak Lia & Neda ♥

♥ Neda, Saye, Ita ... Time ni kat Giant Shah Alam keluar sekali dengan Kak Lia & Abang Azri ♥

♥ Time baru habes jawab exam Puan Lina... Exam buat kali terakhir untuk diploma saye... *sile jangan pandang parut xcident di tangan saya tu ye... telupe untuk cover >_< ♥

♥ Last night di Uitm Puncak Perdana sebagai student Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik ♥
*Ifwath Yafith, Asfieda Suhaidi, Natasha Shazwani, Nurul Hazzarita & Fatrim Syah*

Lakaran kenangan di UiTM Puncak Perdana sentiasa kekal dalam memori >_<
Salam Rindu, Salam Sayang, Salam Kasih

Monday, November 22, 2010

.:: KOLEKSI TERCINTA ::.

Bebelan natasha shazwani pada Monday, November 22, 2010 Point Bebelan ♥ koleksi ♥ 0 Surat Layang
Salam.
Selamat menjengah :) !







Sekarang ni sangat susah kan untuk saya update blog pink-pink bagai ni? Dulu blog lama malas nak update sebab macam dah boring tengok blog tu... Memang ngada-ngada! Semalam kan, masa saya tengah mandi sebelum waktu mghrib sempat lagi akal yang serabut ni memikirkan sesuatu. Masa tu saya tengah berdiri di bawah shower. Memang sangat best bila terkena air nak-nak lagi air yang tengah sejuk...fuhhh! Nyaman terasa! Super duper best! Saya terfikir entri apa yang sesuai nak dimasukkan ke dalam blog ni untuk memperbanyakkan entri. Sambil air shower menujah-nujah kepala saya pun pikir baik aku masukkan entri mengenai reviews novel kan. Saya kan selalu beli novel. So kenapa tidak setiap kali lepas baca sebuah novel saya buat la sedikit kritikan terhadap novel tersebut kan. Dari sudut pandangan peribadi saya sendiri mengenai sesebuah novel tu. 





♥ Koleksi Tercinta ♥ 


Ini adalah sebahagian koleksi saya yang ada. Sometimes orang tanya jugak tak rugi ke kumpul novel-novel ni... Tapi bagi saya la kan kalau dah minat tu tk terasa kot. Tapi sangatlah akan terasa bila ada orang yang meminjam tapi tak reti nak pulangkan balik... Nak tau rasa apa? rase macam nak lempang je orang yang tak reti pulang kan balik novel haku tu!!! Lagi satu bila ada orang yang pinjam novel lepas tu tak reti nak jaga barang pinjaman tu baik-baik... Sesuka ati kembang setaman kangkang kan buku haku tuh luas-luas sampai pecah gam-gam kat tengah-tengah tu pastu abes terlerai page buku tu... Kalau jadi cenggitu sememangnya saya akan menjadi drakula!!!! gggrrrrrrr!!! Kalau nak cube buat la cenggini ;)


Atceli, saya ada impian dengan mengumpul koleksi novel-novel ni. I hope 1 day dapat bukak sebuah cafe yang ada pinjaman novel dalam cafe tu. Cafe yang boleh surfing internet, makan-makan yang ringan je la, minum-minum sambil membaca novel. Orang ramai boleh pinjam novel tapi akan dikenakan charge eyh bukan... deposit je untuk meminjam buku. Deposit tu mesti lah harga buku tu sebab mana tau kalau-kalau customer yang pinjam tu tak pulangkan balik buku yang dipinjam tu kan??? Dengan duit tu boleh lah saya beli novel yang baru bagi menggantikan buku yang tak dipulangkan tu kan ;) Beside, saya nak buat tempat tu sebagai sebuah tempat yang boleh dijadikan discussion untuk pelajar-pelajar buat discussion by group kan... Impian tu sangat lah besar tinggi melayut bak pokok kelapa... Tapi kan mana tau kan satu hari nanti :) Wish me luck yep!!!     




Saya sangat lah tidak sabar untuk menunggu kepulangan ayah bonda dan juga nenda dari Tanah Suci :) Cepat la! Cepat la! Cepat la!

Sunday, November 21, 2010

.:: LOVE THE WAY I SHOULD BE ::.

Bebelan natasha shazwani pada Sunday, November 21, 2010 Point Bebelan ♥ acha ismail ♥ 0 Surat Layang
Kata mereka perempuan ni sangat lah dahsyat ... Sebabnya??? Perempuan ni sangat lah suka difahami secara tersirat... Apa maksudnya tu? Let's find out! 

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 
Achaa Ismail : Sememangnya sangat lah betul. Aku selalu rasa macam ni. Selalunya bila jadi macam ni aku akan cakap dekat orang tertentu saja yang aku rasa sedih. Then iorang selalu akan tanya balik kenapa? Selalunya kalau dekat sekolah aku akan cakap dekat Ety. "Ety, orang rasa sedih la..."  Terasa rindu Ety pulak :(  Ety rindu orang tak??? *jerit kuat-kuat sikit!!!!!

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
A I : Yang ni lagi satu betul. Selalunya aku perlukan masa lepas ada orang sakitkan hati aku. Kalau orang sakitkan hati aku sememangnya la aku marah kan. So give me space utk calm down  balik. Selalunya aku akan buat donno je lepas semuanya okey. Of course la tak nak fikir benda yang menyakitkan hati kan. Rasa malu pun ada gak ;) 

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
AI : Entah ler bila nak cakap yang ni sebab aku tak penah putus hubungan kan. Omputih cakap tu apeee... break off, clash, divorce ...hurrrmmmmm... hehe... Tapi kan... aku rasa benci tu mungkin akan sekejap je... bila dah lama, semua akan okey balik kot. Rasanya lah kan... 

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
AI : Owwwhhhh yang nihhh!!! ahha!!! entoh ler. Mak cik jenab nih bukannya tau sangat pun sebab mak cik jenab tak penah nak kluar dengan mana-mana lelaki kan... Tak da lelaki yang nak ajak mak cik jenab kluor skali. takut gamaknye!!! eheheh... back to nature ;) kalau aku kluor dengan my girlfriends la kan tak de nye haku nk pikir mende lain. itu aku la kan... orang lain idok le mak cik jenab tau... 

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! 
AI : Eeeeeuuuuwwww tidakkkk!!! nanti zina mata... hehe ;) no more comment!!!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
AI : Ermmm...yang ni memang selalu la kan. Tapi aku selalu nak perasan dengan adik2 and klik aku yang tersangat rapat dengan aku je... especially time aku masak-masak kasik dorang makan aku sendiri akan cakap "Adik, sedap kan akak masak!!!" *sambil buat muka yang sangat bahagia....yeeeeiiiihaaaa...haahaha... Tapi kalau dengan orang lain tak nak la... malu mak cik!!!!

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
AI : I'm not sure about this point... Aku selalunya tak penah la pulak nak terus terang dengan orang yang aku suka kan... biasa-biasa je!!! dia layan aku kawan, aku layan dia kawan, dia mengatal lebih-lebih dengan aku, aku pun angkat kaki jalan sebab aku takut orang yang gatal dengan aku ni... rase seram je... meremang segala bulu mak cik :)

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
AI : urmmm...yang ni betul kot. heeee

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
AI : Yup! 101% BETUL!!!! hehe... tapi kan...lelaki pun sama la...

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. 
AI : Opkos la!!! ini akan menaikkan darjah kepanasan ni... Silap-silap ada yang kene bunuh nih! uishhh...haha tak de la sampai nak bunuh kan...bagi aku la... 

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
AI : Yes!!! Setuju sangat!

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. 
AI : Senyum je kot... kan ??? Tak de la semua kawan satu kampung tau kot... non setuju!

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum 
sebarangan.
AI : Yup! And 1thing... Jangan sembarangan ye nak bisik-bisik kat telinga orang and wish selamat pagi ye. Menci sangat2! You make me feel like want to fly away with you then you just left me on the road and hit by giant trailer!!! How could you!!!!

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
AI : Sangat suke!!!!

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. 
AI : Mungkin kot... tak pun dia saja nak jual mahal dulu kot...hahaahaa

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. 
AI : Terus lah berusaha ye!

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
AI : Selalu sangat berperang dengan perasaan... Amek terus machine gun... Sonang citer!!! hehe... 

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. 
AI : No comment!

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. 
AI : Creative thinking kot??? Just done on the way you are :)

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
AI : haahah...senyap-senyap je carik!!!

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! 
AI : Mungkin... 

22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
AI : Again!!!! Jangan suka hati senang lenang hati kembang setaman nak bisik-bisik kat telinga orang selamat pagi!!!!

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
AI : Yup!

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
A I : Mak cik tak kesah pon...

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 
AI : 100 % right! Plus give and take, love me the way I am, Cinta kerana Allah s.w.t :)

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
AI : Yup! Sekerat, sesuku, secebis, secubit semua tak nak...

 27. Senjata wanita adalah airmata!! 
AI : Tapi ada setengah orang suka tengok perempuan ni menangis because of them. Bangga kata nyeewww... 

 28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya  (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan  ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
AI : Entoh ler!

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
AI : Iye leeee!!! hehe

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 
AI : Tak de lah semudah sangat kan nak cintai dan sayangi sepenuh jiwa???

Conclusion is takde la benda ni betul sangat sebab ada sesetengahnya ada pada lelaki. Cuma kadang-kadang kita sedar dan tak sedar je kan? Finally, getting smile on the right track and love the way I should be ;) Peace!!!











 
newer post older post Home
Subscribe to: Posts (Atom)

♥ KLIK LAH UNTUK TAHU ♥

♥ ACHAA ISMAIL ♥

natasha shazwani
View my complete profile

♥ WAKTU ♥

 orang klik masuk

♥ ACHAA ISMAIL ♥

♥ ACHAA ISMAIL ♥

♥ CINTA HATI ♥

♥ CINTA HATI ♥
AYAH & BONDA

♥ KOLEKSI TANGIS TAWA ♥

♥ KOLEKSI TANGIS TAWA ♥

♥ SI MANJA ♥

♥ SI MANJA ♥
NOR AQILAH QISTINA BINTI MOHD SHAZRIL

♥ SI COMEL ♥

♥ SI COMEL ♥
MOHD ASYRAAF HAIDAR BIN MOHD SHAFFIQ & NUR AFRINA SYAFIQAH BINTI MOHD SHAFFIQ

♥ Chit Chat ♥

♥ L00KIN' ME AT MUKA BUKU ♥

Natasha Shazwani Ismail

Create Your Badge

♥ UPDATED ♥

  • .:: KAN KAN KAN KAN ::.
    Assalamualaikum M00d : Sentap + Meleleh + Tak Best Dulu kan masa dekat sekolah kan Ustaz @ Ustazah selalu pesan supaya jangan berbisik di ...
  • .:: Dunia ::.
    Assalamualaikum *menaip sambil mendengar lagu nasyid... naik kan mood menulis ~_~ Penghujung tahun 2010... Tiba tahun baru... Azam? *ters...
  • .:: HALUS ::.
    Assalamualaikum Boring la kan kalau asyik bercakap "dah lama saya  tak update new entry kat dalam blog yang usang ni kan" atau ...
  • : : ALHAMDULILLAH... MOMEN INDAH : :
    HAPPY WATCHING! See!!! Purple kaler tau!  Cantik kan picture ni!!! Best kan dapat jumparamai-ramai! Get ready untuk ambil jubah. From lef...
  • .:: M.P.G (Majlis Pra-Graduan) ::.
    Salam ^_^ MOOD : SEDIH TAK DAPAT JOIN MPG  Nak join MPG! Nak join MPG! Nak join MPHHHH!!! Erkkk... MPH? Bukan... bukan MPH yang jual banyak...
  • ♥ SERAM-SERAM SEJUK MAIN URUT PULAK ♥
    Bismillahhirrahmanirrahim Tahniah Skuad Harimau Muda!  Semoga terus berjaya dalam mengharumkan nama negara.  Ermm... kalau boleh kurangkanl...
  • .:: ANNOUNCEMENT ::.
    Assalamualaikum PENGUMUMAN PENTING! PENGUMUMAN PENTING! PENGUMUMAN PENTING! (^_^) Ada hal nak bagitau nih...  Macam nih... Gini...
  • .:: Tangan Dan Mata ::.
    “Masih teraba-raba dan tercari-cari. Berharap pencarian ini bertemu dengan noktahnya. Kegelapan disinari cahaya. Doa saya, yang terbaik bua...
  • . : : Turn Aku Dengar Lecture : : .
    Assalamualaikum. Morning! Welcome back to lecture class for Uni students! Bila agaknya turn aku untuk come back as a student? I'll wai...
  • . : : RAMAH (Raya dan Ceramah) : : .
    Setelah sekian lama aku asyik jelajah-menjelajah blog blogger lain baru lah aku ada hati nak meng'update' entri yang baru untuk blog...

♥ TURUN NAIK ♥

♥ MY SWEET SOUR ♥

♥ KESIBUKAN TRAFIK ♥

♥ KERAJINAN VS KEMALASAN ♥

  • ►  2012 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (22)
    • ►  November (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (4)
    • ►  January (5)
  • ▼  2010 (10)
    • ▼  December (4)
      • .:: Dunia ::.
      • .:: YEEEPPPP ::.
      • .:: THANK YOU ALLAH ::.
      • .:: ANNOUNCEMENT ::.
    • ►  November (6)
      • .:: DAMIA ZULAYKA ::.
      • .:: SILE LA MENJAMU SELERA DI SINI >_< ::.
      • .:: M.P.G (Majlis Pra-Graduan) ::.
      • .:: KOLEKSI TERCINTA ::.
      • .:: LOVE THE WAY I SHOULD BE ::.

♥ CERITA TENTANG MEREKA ♥

  • MIRA UTTIKA
    Obat Jerawat Tradisional yang sangat Manjur - Obat jerawat tradisional Yang sangat Manjur. Jerawat, persoalan ini memang menyerang hampir semua orang. Karena itu jerawat bukan hanya membuat rasa tidak ...
    9 years ago
  • Diary Seorang AKU
    Cerita 2015 Seorang Ayim ^_^ - ALHAMDULILLAH Cerita 1. Setelah lama tidak berblogger. Muncul balik sebab baru ingat password bagai. UiTM di bawah Fakulti Filem Teater & Animasi (FITA) ...
    9 years ago
  • : : : Atashi no Sekai : : :
    Terakhir di sini - bismillahirrahmanirrahim.. firstly, alhamdulillah akhirnya aku berjaya menghabiskan tujuh semester pengajian. lega sbb dah jilid fyp dan dah habis exam. tu...
    10 years ago
  • e ♥ i
    3 Days to Kill (2014) - 2172934 Watch Movie 3 Days to Kill High QualityDownload 3 Days to Kill High Quality with duration 113 Min and broadcast on 2014-02-14 with MPAA rating is ...
    10 years ago
  • etyradzi
    tips putus cinta kaedah 20%! - hai u ols, Sebenarnya berat nak tulis, tapi aku saja share la what im doing kalau putuih cinta. gaya mcm banyak pengalaman jek kan tp i ols biasa2 aje. mu...
    10 years ago
  • .nade.
    Project best! - Ni semua barang yang akan keluar esok.. Alhamdulillah.. Untuk yang tak tau lagi..ni lagi satu project yang na buat..untuk sama-sama tolong orang yang pe...
    11 years ago
  • sayeMAMTECIKdia
    I HAVE MOVED! VISIT MY NEW BLOG.. =) - Assalammualaikum.. Bismillahirrahmanirrahim.. Hai.. Actually Dya perasan yang blog ni masih ramai yang view walaupun Dya dah lama tak update apa apa.. Uh...
    11 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom - Novel ini menduduki no 1 Carta Bestseller di POPULAR - Rujukan Akhbar Berita Harian 24 Februari 2012PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung ti...
    13 years ago
  • Aku Syok-Syok
    -

Labels

  • : : CERITA MASA DEPAN : : (2)
  • .:: Hasil Kreatif ::. (3)
  • ♥ acha ismail ♥ (7)
  • ♥ Damia Zulayka ♥ (2)
  • ♥ koleksi ♥ (3)
  • ♥ sekolah tempat menimba ilmu ♥ (2)
 
Copyright Ini Belog Usang Achaa Ismail
Design by site5 Blogger Theme by BloggerThemes