Setelah sekian lama aku asyik jelajah-menjelajah blog blogger lain baru lah aku ada hati nak meng'update' entri yang baru untuk blog aku. Rasanya tak terlambat lagi kalau aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam kat dunia ni. Maaf zahir dan batin andai kata aku ada terkasar bahasa dari segi lisan atau pun tak. Kalau tak lisan tu maknanya dalam hati la tu. Tipu la kalau aku cakap tak ada kan. Pada sesiapa yang terkutuk ke, terumpat ke, terkasar bahasa dengan aku ke, jangan risau sebab aku dah maafkan zahir dan batin. So semua ni 0 - 0 lah. Okey, tahun ni aku tak ada picture raya macam tahun-tahun yang lepas.
Alhamdulillah, puasa enam mak aku dah selesai hari ni. Aku je tak lagi walaupun sama-sama mulakan puasa di bulan Syawal. InsyaAllah akan aku selesaikan jugak. Aku teringat zaman belajar dulu kala. Seronok puasa dan berbuka dengan kawan-kawan. Kalau nak sahur tu pagi-pagi buta buat megi dalam bekas yang besar. Tak pun goreng nasi goreng dalam rice cooker. Yang paling rajin buat nasi lemak pepagi buta...huiiissshhhh sedap! Yang tak puasa pun boleh join sekali kalau nak breaktheirfast di awal pagi. Maklum lah kalau time belajar dulu tidurnya awal pagi bangunnya pulak akhirnya pagi.
Aku sayang Mak ♥♥♥
Ini bukan picture raya... Ini picture time kakak ipar aku kawen
PERHATIAN UNTUK SEMUA ---->>> HARI INI, 10 SEPTEMBER 2011 SELEPAS SOLAT ISYAK AKAN ADA CERAMAH YANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH IMAM MUDA ASYRAF DI MASJID SUNGAI TIRAM, BAYAN LEPAS, PULAU PINANG. JEMPUTLAH DATANG BERAMAI-RAMAI!
*sorry, aku lupa nak tanya ayah tajuk ceramah..
.
Pada setiap yang bernama wanita dan diberi keistimewaan oleh Allah swt, jangan risau sebab ceramah akan disampaikan di laman perkarangan luar masjid. Aku pun mulanya risau gak sebab selalunya kalau ceramah yang disampaikan oleh ustaz-ustaz biasa selalunya dalam masjid je sebab masjid tu boleh la memuatkan ramai orang. Tapi kali ni special sikit so buatlah dekat laman perkarangan masjid. Jangan lah pulak takut hujan sebab ada khemah yang sangat cantik untuk anda. Siap boleh pilih kaler peberet lagi ;)
MOH LE KITE BERAMAI-RAMAI MENGIMARAHKAN MASJID SUNGAI TIRAM YANG CANTIK LAGI BERSIH TU :))
1 Surat Layang:
::: miss puasa n raya kat puncak!!
Post a Comment