“Maafkan saya mengganggu awak. Sebenarnya ada hal yang saya nak bincangkan dengan awak,” Tengku Farid memulakan bicaranya tenang.
Damia Zulayka hanya membalas dengan senyuman yang tidak ikhlas. Dia sebenarnya terkejut setelah mendapat panggilan dari seseorang yang mengaku dirinya Tengku Farid.
“Hal apa yang awak nak bincangkan tu?” Soal Damia penuh sopan.
“Saya tak setuju dengan cadangan orang tua saya. Kalau boleh saya tak nak teruskan rancangan mereka. Saya yakin awak pun mesti dah ada dengan pilihan hati, kan ?” Tengku Farid membuat telahan keras.
Aku yakin mesti dia pun ada pilihan sendiri. Apa yang aku cakap tadi langsung tak terkesan di riak mukanya. Selambanya dia !!!
“Owh pasal itu… Kenapa? Awak dah ada pilihan awak sendiri ke?” Soal Damia Zulayka kembali.
“Kalau saya kata ya?”intonasiTengku Farid seakan-akan mengejek.
“Jadi awak nak saya buat apa?” Sakit hati Damia Zulayka melihat perlakuan lelaki dihadapannya. Seolah –olah dia yang inginkan semua ini.
“Tolak pinangan keluarga saya!” Ucapnya lantang tapi masih mengawal intonasi suaranya.
'Saya tak pernah diberi pilihan tau tak !' jerit hati Damia Zulayka.
“Kalau awak kahwin dengan saya pun awak takkan bahagia. Saya tak dapat terima awak dalam hidup saya. Saya tak kenal awak dan awak pun tak kenal saya.” sambungnya lagi.
“Apa pilihan yang saya ada?” Soalnya didalam hati.
Semenjak mengetahui dirinya dipinang oleh keluarga kawan baik ayahnya, hidup Damia Zulayka hanya bertemankan air mata. Dia berkeras menolak tetapi ayahnya memaksa.
Semalam Tengku Farid menghubunginya untuk bertemu. Dia percaya bahawa lelaki ini juga tidak setuju dan hari ini terbukti telahannya. Memanglah lelaki ini cukup segala-galanya. Memiliki wajah cerah serta senyuman yang manis disebalik wajah yang garang. Kalau tidak pernah berjumpa mungkin Damia akan menganggap lelaki dihadapannya seorang yang sangat berbudi bahasa dan mampu memikat hati wanita dengan kejernihan wajah itu. Kalau beginilah sikap lelaki yang bakal dijodohkan dengan dirinya memang malanglah nasib dirinya. Dia ingin dicintai dan mencintai. Ya! Dia hanya mencintai seorang sahaja dalam hidupnya.
“Awak dengar tak apa yang saya cakapkan ni? Awak ingat saya nak jumpa awak untuk tengok awak mengelamun je ke? Banyak lagi kerja lain yang boleh saya buat dari tengok awak mengelamun!” geram Tengku Farid melihat reaksi Damia Zulayka.
Tersentak Damia Zulayka. Dia malu diherdik sebegitu di tempat awam. Banyak mata yang sedang memandang ke arahnya. Sungguh, Damia malu.
“Awak sebagai lelaki kenapa tak nak berterus terang dengan keluarga awak sendiri? Awak ingat saya nak ke semua ni jadi? Kalau saya diberi pilihan saya pun tak nak!” Bicara Damia Zulaika masih dalam nada yang sedikit keras dan tegas. Dia benci melihat Tengku Farid yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan perasaannya.
Sepi. Tengku Farid terpempen melihat ketegasan wanita dihadapannya.
“Saya nak balik!” pantas Damia Zulayka berdiri tapi lengannya di cengkam oleh lelaki itu.
“Kita belum habis berbincang lagi!” Ujar Tengku Farid.
“Jangan sesuka hati awak nak pegang-pegang saya!” bentak Damia Zulayka dan menarik tangannya dari pegangan Tengku Farid.
“Maafkan saya.” ucapnya perlahan.
Damia kembali duduk di tempatnya. Masing-masing mendiamkan diri.
“Saya rasa tempat sebegini tak sesuai untuk kita bincangkan masalah ni. Ramai orang pandang. Lagipun saya dah penat memikirkan masalah yang tak ada penyelesaian ni. Tolong beri ruang untuk saya bernafas.” rayu Damia Zulayka perlahan. Matanya berkaca. Dia jadi sebak dengan semua ni.
“I’ll give you a call when I’m ready to talk about this. I beg you. Assalamualaikum.”rayunya dan berlalu.
“Waalaikummussalam.” Jawab Tengku Farid perlahan.
Air mata Damia Zulayka tidak dapat ditahan lagi. Dia menangis sedih apabila masuk ke dalam kereta mengenangkan nasibnya.
Dari jauh Tengku Farid dapat melihat Damia Zulayka sedang menangis hiba disebalik cermin kereta. ‘Takkan dia pun tak setuju dengan cadangan umi dan abah? Kalau macam tu lagi senang kerja aku. Kejam sangat ke aku tadi? Argh!! Peduli apa aku!!!’
“Damia, dari mana ni? Kenapa keluar tak bagi tahu ibu dulu? Dah la talifon tak reti nak jawab. Risau ibu kat rumah ni! ”Pertanyaan bertalu-talu keluar dari mulut Puan Ramlah.
“Mia tak pergi mana-mana, bu. Mia masuk dulu.” jawab Damia lemah.
‘Ish, kenapa dengan Damia ni? Sejak bagi tahu yang dia dipinang terus macam tak ada semangat. Tak ada pulak dia cakap tak setuju.’ Kata hati Puan Ramlah.
Atur langkah Damia lemah menuju ke biliknya. Dia menguncikan diri didalam bilik. Tudungnya di buka dan diletakkan diatas katil. Damia kembali termenung di tabir jendela. Matanya berkaca lagi. Tadi selepas berjumpa dengan Tengku Farid dia memandu tanpa arah. Apa yang harus dilakukan? Jalan penyelesaian seolah-olah tertutup. Tiada ruang untuknya bernafas. Damia merenung langit. Baru dia tersedar yang dia belum lagi menunaikan solat asar. Waktu hampir ke pukul 6 petang. Dia beristighfar dalam hati. Di beri dugaan sekecil ini dia lalai mengingati Allah Yang Maha Esa. Lantas Damia mencapai tuala dan menyucikan diri untuk menunaikan suruhan-Nya.
Sesudah solat asar, Tengku Farid menonton televisyen di ruang tamu. Tapi ingatannya menerawang mengingati pertemuan dengan Damia Zulayka petang tadi. Memang tidak dinafikan gadis itu memiliki rupa paras yang menarik. Wajahnya polos bak anak kecil. Nampak lemah –lembut tapi garang juga. Pendiam mungkin. Tapi dia bukan pilihan aku!!! Tak mungkin aku akan kahwin dengan dia!!! Tanpa sedar dia membaling remote yang dipegangnya.
“ Farid!! Kenapa dengan kau ni? Tak pasal-pasal baling remote tu. Kalau tak nak tengok tutup je tv tu.”Tengku Loqman.
Tergamam Tengku Farid tidak menyedari kelakuannya.
“Aa…er….Farid tak sengaja.”balasnya tergagap-gagap.
“Apa yang tengah kau fikirkan?” Soal Tengku Loqman kehairanan sambil melipat surat khabar yang dibacanya.
“ Nothing.” balasnya.
“Farid naik dulu.” katanya ingin berlalu.
“Farid, tunggu dulu! Ada hal yang abah nak bincangkan dengan kau.”
“Hal apa , bah?”soalnya perlahan.
“Kau dah jumpa dengan Damia?” Tengku Farid bertanya.
“Dah.” jawabnya malas.
“Kalau macam tu minggu depan hari Sabtu kita pergi rumah Damia. Bincangkan apa yang patut. Majlis kau dengan dia pun dah nak dekat.” cadang Tengku Loqman.
“Abah… Farid dah ada pilihan sendiri! Tolong jangan paksa Farid.” ujar Tengku Farid sambil merayu.
“Tak! Abah tetap tak setuju dengan pilihan kau. Perempuan macam tu kau nak buat bini!!! Abah akan terima kalau perempuan tu macam Damia. Walau apa keadaan sekalipun, kau tetap akan kahwin dengan Damia juga. Muktamad!!!” Tengku Loqman menegaskan kata-katanya sambil berlalu pergi dari ruang tamu.
“Farid! Ikut la cakap abah kamu tu. Abah buat semua ni pun untuk kebaikan Farid juga. Takkan kamu nak perempuan macam Mila tu jadi ibu kepada anak-anak kamu nanti.” Tengku Zawiyah memujuk setelah menyaksikan perbualan anak-beranak itu.
“Ummi! Takkan ummi tak faham perasaan Farid pada Mila, mi! Ummi tolong la Farid. Kenapa dulu abah tak pernah halang hubungan kami? Ummi kan tahu Farid dah lama bercinta dengan Mila. Macam mana Farid nak hidup dengan orang yang Farid tak cinta, mi?” Tengku Farid memohon pengertian Tengku Zawiyah.
“Tapi Farid kan boleh cuba untuk mencintai Damia. Farid, Damia adalah yang terbaik untuk Farid. Lemah-lembut, pandai hormatkan orang tua, ada pendidikan agama, cantik… Ummi yakin, Damia dapat membahagiakan Farid.” Tengku Zawiyah berlalu meninggalkan Farid termangu seorang diri.
Farid meraup mukanya. Ya Allah bantulah hambamu ini!!
“Hai, Damia! Kenapa tak masuk kerja semalam? Tak sihat ke?” Soal Kak Emah teman rapatnya di syarikat pengiklanan.
“Assalamualaikum! “perli Damia.
“Hee…waalaikumussalam..perli akak ye…tak pe... ni hari, hari Damia esok hari akak pulak.” balas Kak Emah sambil tersengih.
“Eh apa pulak??? Esok hari Khamis lusa pulak hari Jumaat. Tak pernah pulak ada hari ‘Naemah’.” balas Damia bersahaja.
“Ye la, ye la.. kau la menang… cepat la jawab!!” Kak Emah menjeling manja.
Damai ketawa senang hati.
“Saya pening sikit semalam.” balasnya sambil mengemas fail di atas mejanya.
“So dah sihat ke? Tak pergi klinik?” Tanya Kak Emah prihatin.
“Pening sikit je. Don’t worry ok.” Balasnya tersenyum.
“Semalam Encik Taufik ada tanya pasal kau.” beritahu Kak Emah.
“Pasal apa tu?” soal Damai pelik.
“Entah. Tak de pulak dia cakap apa-apa bila akak cakap kau mc. Dia rindu kat kau kot.” gurau Kak Emah sambil ketawa.
“Ish akak ni!” Faham benar dengan perangai Kak Emah yang suka menyakat.
“Okey la. Akak nak draf laporan yang Encik Taufik bagi semalam.” katanya berlalu.
Damia menyambung kerjanya yang terbengkalai. Tiba-tiba interkomnya berbunyi.
“Damia! Masuk bilik saya sekejap.” panggil Encik Taufik.
“Baik Encik Taufiq.” balasnya sambil memandang ke arah meja Kak Emah. Wanita itu tersenyum mengusik. Damia menarik muka manja.
Damia masuk setelah ketukannya dibalas dengan arahan. Encik Taufik sedang menulis sesuatu di atas helaian kertas di atas mejanya. Lagaknya sedang menyibukkan diri. ‘Ish tadi sibuk suruh aku masuk takkan nak suruh aku terpacak je tengok dia buat kerja kot’.
“Encik Taufik?” panggil Damia.
“Ye?”
‘Ish! Biar betul dia ni?’
“Encik panggil saya kan ?”
“A’ah… duduk la dulu.” ujar Encik Taufik selamba.
Damia duduk dengan perlahan. Sebenarnya dia tak selesa berkeadaan begini. Damia hanya menundukkan wajahnya.
Sepuluh minit berlalu tanpa apa-apa perkataan yang keluar dari mulut Encik Taufik. Damia rimas.
“Encik?”
“Boleh tak awak duduk diam-diam kat situ?” marah Encik Taufik.
Tersentak Damia.
Taufik tersedar yang dia telah memarahi Damia. Dia memejamkan mata sesaat dua dan mengeluh.
“I’m sorry!” Ucapnya perlahan sambil memandang wajah Damia yang sedang menunduk terkejut.
“ Before lunch saya nak awak ikut saya. Kita lunch sama-sama lepas tu ikut saya jumpa klien.”Terang Encik Taufik.
“Awak boleh sambung kerja awak balik.” kata Encik Taufik sambil menyambung semula kerjanya.
Damia bangun dan berlalu.
‘Kenapa dengan aku ni? Tak pasal-pasal nak marah dia.’ Kata hati Taufik sambil meletakkan pennya kembali. Dia menyesal atas keterlanjurannya. Sebenarnya dia rindukan wajah itu.
Damia duduk termanggu di kerusinya. Kenapa tiba-tiba nak marah aku?
“Hey! Apasal ni? Encik Taufik panggil Damia buat apa?” Tanya Kak Emah.
“Dia suruh saya ikut jumpa klien petang ni.” beritahu Damia acuh tak acuh.
“Ah? Yeke? Selalukan Encik Taufik pergi sorang. Tak pernah pulak akak tengok dia ajak orang. Hai lain macam je ni?” ujar Kak Emah sambil mengangkat kening kepada Damia.
“Akak ni suka nak fikir yang bukan-bukan.” Damia menyambung semula kerjanya.
“Tak de la. Pelik akak. Dulu tak pulak macam ni. Damia baik-baik… kang sangkut susah… dia tu dah la handsome. Merajuk pulak buah hati awak tu.”
Damia hanya tersenyum sambil menahan perasaan. Memang Kak Emah tahu yang hatinya telah dimiliki tetapi Kak Emah masih tidak mengetahui tentang peminangan dari keluarga Tengku Farid. Damia hanya mengambil langkah untuk berdiam diri.