Assalamualaikum
Boring la kan kalau asyik bercakap "dah lama saya tak update new entry kat dalam blog yang usang ni kan" atau "dah bersawang belog saya yang cantik ni dengan sarang labah-labah" atau " tak tau la nak cerita apa la kan" dan bla bla bla bla...
Macam ni, (tetiba je dah masuk macam ni kan) semalam tanggal 30 Januari 2011 sekitar pukul 9.30 pm dan bertempat di Sunshine Supermarket saya dengan mak n adik -adik pergi lah bershoping barangan dapur dekat situ... Biasa la kalau time perayaan ni banyak la orang nak buat sales kan... Dah nama pun raya kan... Tapi kalau tak raya pun tetap jugak ramai orang kan... Sampai-sampai je kat parking lot kat Sunshine tu lantas dengan tangkas saya berlari seperti Smallville tu masuk ke dalam supermarket tu untuk renew member card ayah (tipu je, tipu je, tipu je)... Motif utama adalah untuk redeem voucher... dan voucher itu serta merta menjadi hak milik saya sebab saya yag renew member ayah kan... tak banyak... tapi boleh la beli moto kawasaki untuk bagi Haidar main lumba-lumba dengan Afrina kan...lepas tu Haidar pijak moto tu dan ia pun berkecai....lepas tu Haidar pun bangun dan pergi mencari mainan yang baru untuk dimusnahkan... heeeee... Mak dengan adik pun ikut sekali masa renew kad tu... Bila dah habis renew tiba la masanya untuk menghabiskan duit yang ayah bagi untuk beli barang dapur tu... Bab habiskan duit memang saya sangat suka la kan... bagitau sikit sapa yang tak suka....heeeee...
Dalam tengah berjalan nak ke tingkat bawah, ada la sorang budak kecik ni tengah nangis kat tepi rak pen-pen... Kesian tengok budak lelaki tu nangis... Masa tu dalam hati 'aah... mungkin budak tu tak dapat apa yang dia nak kot...dats y la dia nangis' ...ala... kata orang Penang bebai-bebai gitu... Tapi sambil tengok budak tu saya cakap jugak dekat adik ... 'adik, kenapa dia nangis...' memang sah-sah la adik pun tak tau kan... Nak pegi dekat budak tu macam teragak-agak la kan... nak ke tak nak, nak ke tak nak... at last adik cakap akak pegi la tanya dia kenapa... alang-alang dah lalu kat depan budak tu saya pun berhenti dan cakap 'kenapa dik?' budak tu cakap 'mak hilang' ... sambil senyum saya cakap 'owh mak hilang... bukan adik yang hilang' ... Lepas tu saya pun pegang tangan dia nak bawak ke kaunter perkhidmatan... sambil tu saya pun pujuk la budak tu 'olololoooo...tak mau nangis, tak mau nangis... '
Kesian pulak saya tengok dia nangis... rasa macam nak duduk sekali dengan adik tu kat satu tempat lepas tu nangis sesama... sedih betul tengok adik tu nangis... ye la selalunya kan budak-budak bila kita lagi pujuk dia akan lagi nangis kan... bukan mengada-ngada tapi memang satu perasaan yang sangat sedih bila ada orang take care dengan kita kan... jangan cakap budak-budak... yang nak jadi mak budak, yang tak jadi lagi mak budak, yang mak budak ke semua sama je... selagi dia bernama manusia dia sama je... perasaan itu sangat halus... sangat sweet macam makan cadbury, ferrero rocher, van houtten dan macam-macam cokolat celop lagi la...hahaha...
Tapi betul la... tengok budak tu nangis kita pun rasa macam nak nangis sama... sedih nye...kesian dia... sedih betul bila ada orang take care dia... rasanya budak tu around 3 @ 4 years. Biasa la budak-budak... bila ada kat shopping complex mesti la diorang paling excited nak merayau kan... tak reti nak duduk diam bila parent membeli-belah... tapi itu biasa...nama pun budak-budak... diorang cuma tau nak main je... Saya pegang budak tu pun tak lama sangat... tak sampai 10 minit sambil jalan ke depan ayah budak tu pun tengok saya... tak tau la pulak itu anak dia...heeee... saya lepas tangan budak tu n bg dekat ayah dia...lepas tu ayah dia pulak berbual dengan mak saya...tak lama...kejap je ^_^
Lepas tu kan... satu feeling yang saya dapat rasa macam... entah la... rasa menggigil lutut... sebab budak tu nangis ... rasa macam nak nangis sekali...hahahah...sewel!!!!! Alhamdulillah jumpa jugak budak tu dengan ayah dia >_<
Selalunya kan, budak-budak ni kalau tak comel macam mana pun dia tetap akan comel jugak pada pandangan mata seseorang... Betul... tak tipu... sebab budak-budak memang comel... memang tertulis sejak azali lagi... Kadang-kadang tu terfikir jugak saya... macam mana la tergamaknya seorang ibu dan bapa yang sanggup bunuh darah daging sendiri kan... sanggup dera budak-budak yang tak pandai nak melawan ... sanggup sepak, terajang, tarik itu, tarik ini,... sangat kejam kan????? Buat anak pandai... dapat anak di sepak di terajang!!!! Sangat penting kan diri sendiri!!!! Kasi bagi tak ada nafsu... senang... tak payah buat anak dah!!!!
Saya rasa kan kita akan rasa sangat kesian bila budak-budak menangis ... kalau tak nangis pun kita akan tengok muka budak-budak mesti akan terselit satu perasaan yang halus... kan???? kalau awak tak ada perasaan memang awak takkan rasa la kan....
mereka sepatutnya disayangi dan bukannya di zalimi, ucapan kasih sayang yang mereka harapkan dan bukannya dihumban dengan cacian makian yang berbakul-bakul, perlindungan yang mereka harapkan tetapi luka yang berbirat yang di hadiahkan.... sayangi mereka, lindungi mereka, cintai mereka, kasihi mereka kerana mereka merupakan tunggak masa depan negara... LOVE CHILDREN SO MUCH!!!
PESANAN INI DI SEDIAKAN KHAS DARI,
NATASHA SHAZWANI BINTI ISMAIL