Assalamualaikum…
Rasanya tak payahlah nak dimulakan dengan kadang-kadang bila hidup di dunia ni. Bukan apa, bila dah dimulakan dengan kadang-kadang ni boleh jadi macam-macam. Macam tu jugak kalau dengan kalau. Tak adanya kalau, kalau kita sering berpegang dengan kalau. Entah! Wani sendiri pun tak faham. Simply word is kalau aku kaya. Haha! Best kan menggunakan perkataan kalau ni. Angan-angan semata-mata. Tapi… apa kena mengena dengan masalah kau wahai si penulis muda remaja? Biasalah… manusia mudah lupa!
Kadang-kadang wani rasa geram sangat. Wani dah tak larat nak dengar leteran-leteran yang sangat menggugatkan perasaan. Act bukanlah leteran pun. Tapi sekadar luahan perasaan seseorang kepada seseorang. Memanglah Wani tak kisah kalau nak luahkan apa benda pun. Tapi yang jadi masalahnya bila Wani sendiri tak tau nak buat apa lepas dengar… Bukan tak pernah bekerja untuk mencari konklusi tapi pekerjaan yang dibuat itu tidak berhasil. I mean conclusion tu is not work. Act berkesan dalam jangka masa yang pendek. Tapi bila jangka masa yang panjang that thing happened again. So konklusinya? (Hanya keluhan dan dengusan si naga-naga sajalah kerana saya lahir ditahun naga. Sangat buruk, kan?) Orang tua ni kadang-kadang degil tu Ya Rabbi…! Tak tau la nak cakap macam mana. Sebenarnya ego tu yang lebih. Bila tak ada depan mata mula la nak kecil hati. Tapi rasa kecil hati tu diluahkan dengan perasaan marah. Sangat ego, kan? Kadang-kadang wani pun tak boleh nak cakap banyak sebab wani sendiri tak tahu irama apa yang menari-nari dalam kepala otak manusia-manusia sekalian. Boleh jadi dangdut,boleh jadi hip hop, irama disco, instrumental , rock, pop rock/balada, black metal atau apa sajalah! Tapi tolonglah faham… Apa yang susah sangat ni… Kalau dulu seminggu sekali boleh pulak nak menjenguk setiap hujung minggu walaupun hari-hari sudah dijenguk. Tapi bila exchange tempat tak boleh ke perkara yang sama dibuat? Please try to be fair! Tak diminta untuk tiap-tiap hari. Sekadar seminggu sekali cuma. Juga bukan jauh beribu berbilion batu sehingga menyukarkan pergerakan. Yang susah kita permudahkan, yang mudah kita perelokkan. Tak susah, kan? Juga tidak sukarkan? Ada masalah dikhabarkan. Bukan untuk dihebahkan. Tapi sekadar untuk perhatian. Tidaklah manusia berfikiran yang tidak-tidak. Komplikasi sangatkah? Atau rumit hingga terbelit-belit urat saraf? Talian untuk menyatakan hasrat telah disuarakan. Janji juga sudah dibuat. Yang menunggu masih juga menunggu. Yang ditunggu tidak juga berkunjung tiba. Jangan kata baunya, bayangnya juga tidak kelihatan. Susahlah mahu berbicara. Si hati tua sudah mula memikirkan yang tidak-tidak. Andaian dibuat. Sekadar andaian cuma. Jangan salah sangka! Andaian juga mampu membinasakan. Yang mendengar hanya mampu untuk mendengar. Tidak mahu tetapi terpaksa juga ditadahkan. Nak bersuara pun sudah tidak bijak untuk mengeluarkan kata untuk membantah dan juga mematahkan andaian. Sangatlah sukar untuk menjadi manusia. Hati manusia juga perlu dijaga. Yang seorang diluah mati anak, ditelan mati suami. Yang seorang lagi, cubit paha kanan paha kiri juga terasa. Yang seorang ini? Beginilah kehidupan. Berputar seperti roda. Kadangkala di atas dan kadangkala dibawah. Hari ini kita anak, esok kita ayah, lusa kita atuk/nenek, tulat kita moyang, tungging kita… entah! Dah tak tahu dah… Haaa! Masuk dalam tanahlah. Itu pun kalau sempat merasakan semua gelaran yang dinyatakan. Manusia-manusia selalu berkata “Hidup kalau tak ada masalah tak mencabarlah.” (Ini sekadar luahan perasaan.)
*Jangan salahkan aku menggunakan perkataan kadang-kadang. Biasalah…manusia kan mudah lupa! Manusia juga sebahagian daripada aku. Sebahagian lagi? Haha