Assalamualaikum…
“… kalau seseorang tu boleh berubah mesti ada sebab kan?... ”
Tak ada kaitan dengan ayat di atas…
Hari ni kat tempat kerja tadi saya kenal seseorang. Orang baru. Tiba-tiba terbanyak cakap pulak dengan orang yang baru kenal. Nak buat macam mana… tak sengaja… betul ni tak sengaja… tak tipu!!!
Alkisahnya terjumpa orang tu dekat surau. Gadis ye! Ulang suara… GADIS! Dah jumpa 1st time mesti la senyum. Takkan nak menyombong pulak kan? Tak pernah jumpa pun sebelum ni. Kisahnya bukan nak bercerita pasal sesi jumpa terjumpa ni tapi intipati yang terselit. Cuba baca dialog selanjutnya…
Gadis : Dah lama ke keja kat sini?
NS : Erm… 3 + 2… nak dekat lima bulan la…
Gadis : Dah lama la jugak… patut la dah siap pas…
NS : Senyum. (pas ni memang dah siap lama dah…tak sampai 3 bulan
pun dah siap sebab ada orang dalam…hehehe)
: Umoq berapa?
Gadis : erm… du..aaa pu..luhhh (diam dlm berapa saat) tiga.
NS : Owh… sama la…
Gadis : Muda lagi la… Dah kawen ke? Tunang ke?
NS : Haaa? Belum lagi.
Gadis : Keja kat sini dah lama tak kan tak da sorang lagi kot? Ada ramai orang kat airport ni? Takkan tak dak lagi?
(Okey… saya macam nak gelak… tapi mampu senyum ja… ‘saya datang keja… bukan nak cari seseorang untuk di buat pasangan tapi kalau dapat okey jugak kan! Haha!’ . Tapi kalau nak ikutkan memang best keja kat airport ni sebab dapat la cuci-cuci mata sikit tengok steward yang rupa monster handsome dan pilot yang selalu dibayangkan sebagai seorang yang smart sambil menggayakan kemeja-T putih, topi dan kot dan berjalan sambil mengheret beg ala-ala Akademi Fantasia tu!)
NS : Tinggal mana?
Gadis : Sungai Tiram.
NS : Haaa! Sungai Tiram? 1 kampung la ni? Patut la macam penah tgok
muka.
Gadis : Owh dok situ gak ke? Kat mana?
NS : Ala dekat …. Ada adik perempuan tak?
Gadis : Ada. Dotdotdot
NS : Maknanya bukan umoq 23 la ni? ‘haisshh… tak jujur la awak ni!’
Gadis : tak… tadi saja je ckp 23… umuq 25…
NS : Owh…okey la…nak masuk keja balik ni… babai…
Kalut saya belit2 selendang sebab si gadis dok usha rapat saya pakai selendang… tak selesa pulak… haha… macam nak je cakap jangan la tengok macam tu!
“… jujur ye kalau nak berkawan… tak mo tipu-tipu, bohong-bohong… tak best!...”
Note: Setakat ni kerja kat airport ada dua orang steward membuatkan saya cakap dalam hati “Owh… so sweet!” haha…nak tau kenapa? Diorang tolong bukakan gate untuk saya dan siap persilakan saya masuk dulu… jangan main-main, siap gaya sekali! itu baru bukakan gate dah rasa macam so sweet sangat! Dah jadi habit dorang kot kan???
"... teringat pulak time keja dulu sebelum masuk uni ada orang wish good morning betul-betul dekat sebelah tapi area belakang sikit dengan nada suara berbisik... meremang bulu roma! takut? bukan la! ..."