Salam 'alaik
Rasulullah SAW bersabda:
" Dua jenis manusia yang akan menjadi ahli neraka, yang aku tidak sempat melihat mereka (kerana tidak ada pada zamanku. Mereka yang lahir akhir zaman.). Yang pertama ialah kaum yang memegang alat sebatan seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia (supaya melakukan kezaliman) . Golongan kedua ialah kalangan perempuan berpakaian tetapi bertelanjang, pakaian yang menggoda, pakaian yang nipis, pakaian yang ketat ; di atas kepala mereka dihias. Rambutnya laksana bonggol unta. Mereka dapat masuk syurga bahkan tidak dapat mencium baunya pun, walaupun bau syurga dapat dihidu dari jauh."
Nauzubillah minzalik... mohon dijauhkan... Bila direnung-renung, diimbau-imbau, dikenang-kenang...
'Aku pun ada buat macam ni ke?'
'Rasa macam tak... tapi macam ada...'
'Rambutnya laksana bonggol unta???'
'Ya Allah!!!!'
Itu baru satu... tak masuk yang lain lagi...
CHECK LIST
- Solat lima waktu ~ sempurna ke? ~ tak pernah tinggal ke? ~ paling utama waktu Subuh? ~ waktu Isyak?
- Puasa ~ Puasa ganti pun tak settle lagi ~sangat memalukan
- Tutup aurat ~ Keluar depan rumah? ~ sidai baju? ~ Baju tangan pendek? ~ Baju jarang?
- Tinggikan suara dengan mak ayah ~kecik kan hati mak ayah? ~Degil? ~ Bebai segala bebai semua???
- Menipu ~ tipu sunat??? ada ke?
Islam itu mudah. Kita yang menyusahkan. Islam itu indah. Kita yang mencacatkan keindahannya. Islam itu syumul. Meliputi segala aspek. Bercakap memang mudah. Saya juga. Tapi kadang-kadang tu timbul jugak keinsafan. Bermuhasabah diri sejenak. Kadang-kadang tersasar dari landasan jugak. Menguatkan diri untuk kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat. Hidup hanya pinjaman. Bila Dia mengkehendaki hakNya. Apa hak kita untuk menghalang. Ingat, hanya Dia yang berkuasa. Bukan kita. Kita adalah sehina-hina manusia disisiNya.
Tiba-tiba rasa macam nak *bergelak ketawa*...
0 Surat Layang:
Post a Comment