-->
skip to main | skip to sidebar

Ini Belog Usang Achaa Ismail

  • Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Blogger
  • Twitter
  • Facebook
  • Feeds


Tuesday, April 05, 2011

.:: 5 APRIL 2009 ::.

Bebelan natasha shazwani pada Tuesday, April 05, 2011
Assalamualaikum…
        Hari ni genap 2 tahun. 5 April 2009 . Rasa macam baru semalam. Tak rasa pun Along dah tak ada 2 tahun dah. Memang betul… segala kenangan yang ada tu rasa macam baru semalam. Bukan 2 tahun yang lepas. Sungguh fresh! Agaknya kalau Along ada sekarang macam mana badan Along kan? Mesti gemok kan? Dulu Along selalu bangga sebab makan banyak pun badan dia maintain kurus. Pastu perasan dia la paling hensem kat dunia ni. Adik-adik dia yang lain semua tak hensem. Tapi Along ketot sikit! J . Nak buat macam mana kan… Along ikut mak… Rendah… Adik beradik yang lain ikut gen ayah. Tinggi sikit daripada Along. Tapi kalau cuma tengok saja memang Along nampak rendah…Cuba berdiri sebelah Along… Along akan nampak lebih tinggi sikit dari saya. Along dengan Angah macam sama tinggi je. Tapi Along & Angah tak boleh lawan Abang Cik dengan Uda… Depa memang sangat tinggi !!! Nala punya tinggi !!! (loghat mamak Penang)  Adik pun tinggi jugak cuma adik ni kurus sikit.
        Teringat saat dapat panggilan dari ayah… masa tu pukul 5 lebih… mungkin dalam 5.20 petang… Masa tu baru balik dari satu aktiviti PerFACT… Saya baru habis lipat kain baju yang dah basuh… Nada suara ayah pun still ingat macam mana… Ayah tanya “akak dok buat apa?” … Saya jawab jugak walaupun dalam hati rasa macam hairan sikit sebab ayah tak pernah call time2 macam tu. Muala2 suara ayah okey. Lepas tu terus ayah cakap “ Akak, Along dah tak da.” …Saya diam … “Eyh, Along kan ada dekat Johor.” … Masih tak dapat tangkap maksud tak ada … Bila ayah cakap Along dah meninggal saya jadi senyap sunyi… ayah panggil “Akak” … Saya balas “Ayah tipu!”… Masa tu rasa nak marah, nak jerit, rasa nak lempar semua barang… Memang saya jerit… memang saya jerit… memang saya jerit! Yelah… Sapa yang dapat terima semua tu dalam sekelip mata. Along baru talifon saya dalam minggu tu jugak. Kemudian Along ada call lagi dalam minggu yang sama cuma saya tak sempat nak jawab… I just sms him back to ask why… tak return call… tak sempat cakap dengan Along buat kali terakhir… Saya tak tau itu panggilan yang terakhir dari Along. Mula2 dulu masa Along tak ada tangan ni rasa rindu untuk call Along… cakap dengan Along… dengar caller ringtone Along lagu Akon… Sekelip mata Along tak ada… Along di pinjam untuk kami semua… Untuk semua yang kenal Along… Siapa kita untuk menghalang Dia mengambil hakNya kembali… Walaupun sakit… walaupun pedih… walaupun perit… Kita hanya pinjaman untuk menghiasi dunia dengan penuh warna… Warna suka dan warna duka…   
        Ingat lagi ayat yang penah saya cakap dekat Along “Eeee, Along… hang macam doremon!!! ” Bayang kan doremon yang rendah pastu gumuks tu! Haha! Along gelak ja sebab tak boleh nak kata apa dah. Along sangat caring. Adik dia gemok pun dia risau. Takut kena buli dengan orang lain. Lagi-lagi for sure adik perempuan tunggal dia yang comel lagi kiut ni! Kata Along dah la suka nangis! Nanti orang buli sikit nangis. Dalam fikiran Along mesti dia ingat saya akan kena buli sebab gemok la tu! Haha… Whatever la! Ingat ada orang nak buli saya ke? Ada bran??? Haha… Kalau nak kena hentak buat la! *Joke!*
        Walaupun Along dah lama tak ada, tapi ingatan untuk Along tu tetap kuat. Kadang-kadang tu rasa rindu untuk panggil ‘Along’. Selalu ayat yang saya guna untuk panggil ‘Weh, Long!’, ‘Along’… Along pulak akan bahasakan diri dia Abang bukan Along macam kitorang family panggil. Along, Angah & Abang Cik akan bahasakan diri ‘Abang’ kalau nak cakap dengan kitorang dalam family. Uda dengan Adik je yang akan guna nama panggilan sendiri. Saya pulak semestinya la Akak… Kalau marah biasanya jadi ‘Orang’… hilang terus kakak…
                         
                              Al-Fatihah buat Along…
                 MOHD SHAZRIL BIN ISMAIL, Miss you forever!     


Satu-satunya kenangan Along dengan waris tunggalnya… Nur Aqilah Qistina
Along sempat dengan Qila 14 hari sebelum kejadian...




Kenangan waktu Along kahwin… saya sangat gemoks kan????





Waris tunggal Along…  Nur Aqilah Qistina Binti Mohd Shazril, 2 tahun




Kami semua sayang Along especially Mak & Ayah... 
Dari kiri : Along, Angah, Akak, Abang Cik, Uda & Adik




Di edit Oleh : NATASHA SHAZWANI BINTI ISMAIL 
Walaupun tak smooth ini je yang saya mampu atas permintaan Kak As



Picture ni di letakkan sebab tak puas hati picture saya dengan Along kat atas tak comel J

LOVE! LOVE! LOVE! LOVE! LOVE ALONG!!!!!!!!
AL - FATIHAH... 
Share this article: Tweet this! StumbleUpon Digg This! Bookmark on Delicious Share on Facebook

2 Surat Layang:

Nurul Hazzarita said...

Al - fatihah..semoga tenang di sana..

*sy pn 'kehilangan' abg jgk.... T_T

April 6, 2011 at 12:22 AM
natasha shazwani said...

Al-fatihah...
tak pe ita...abg yg tu boleh di cari ganti...mungkin ada yang lebih baik dari sekarang???

April 6, 2011 at 8:47 AM

Post a Comment

newer post older post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

♥ KLIK LAH UNTUK TAHU ♥

♥ ACHAA ISMAIL ♥

natasha shazwani
View my complete profile

♥ WAKTU ♥

 orang klik masuk

♥ ACHAA ISMAIL ♥

♥ ACHAA ISMAIL ♥

♥ CINTA HATI ♥

♥ CINTA HATI ♥
AYAH & BONDA

♥ KOLEKSI TANGIS TAWA ♥

♥ KOLEKSI TANGIS TAWA ♥

♥ SI MANJA ♥

♥ SI MANJA ♥
NOR AQILAH QISTINA BINTI MOHD SHAZRIL

♥ SI COMEL ♥

♥ SI COMEL ♥
MOHD ASYRAAF HAIDAR BIN MOHD SHAFFIQ & NUR AFRINA SYAFIQAH BINTI MOHD SHAFFIQ

♥ Chit Chat ♥

♥ L00KIN' ME AT MUKA BUKU ♥

Natasha Shazwani Ismail

Create Your Badge

♥ UPDATED ♥

  • .:: KAN KAN KAN KAN ::.
    Assalamualaikum M00d : Sentap + Meleleh + Tak Best Dulu kan masa dekat sekolah kan Ustaz @ Ustazah selalu pesan supaya jangan berbisik di ...
  • .:: Dunia ::.
    Assalamualaikum *menaip sambil mendengar lagu nasyid... naik kan mood menulis ~_~ Penghujung tahun 2010... Tiba tahun baru... Azam? *ters...
  • .:: HALUS ::.
    Assalamualaikum Boring la kan kalau asyik bercakap "dah lama saya  tak update new entry kat dalam blog yang usang ni kan" atau ...
  • : : ALHAMDULILLAH... MOMEN INDAH : :
    HAPPY WATCHING! See!!! Purple kaler tau!  Cantik kan picture ni!!! Best kan dapat jumparamai-ramai! Get ready untuk ambil jubah. From lef...
  • .:: M.P.G (Majlis Pra-Graduan) ::.
    Salam ^_^ MOOD : SEDIH TAK DAPAT JOIN MPG  Nak join MPG! Nak join MPG! Nak join MPHHHH!!! Erkkk... MPH? Bukan... bukan MPH yang jual banyak...
  • ♥ SERAM-SERAM SEJUK MAIN URUT PULAK ♥
    Bismillahhirrahmanirrahim Tahniah Skuad Harimau Muda!  Semoga terus berjaya dalam mengharumkan nama negara.  Ermm... kalau boleh kurangkanl...
  • .:: ANNOUNCEMENT ::.
    Assalamualaikum PENGUMUMAN PENTING! PENGUMUMAN PENTING! PENGUMUMAN PENTING! (^_^) Ada hal nak bagitau nih...  Macam nih... Gini...
  • .:: Tangan Dan Mata ::.
    “Masih teraba-raba dan tercari-cari. Berharap pencarian ini bertemu dengan noktahnya. Kegelapan disinari cahaya. Doa saya, yang terbaik bua...
  • . : : Turn Aku Dengar Lecture : : .
    Assalamualaikum. Morning! Welcome back to lecture class for Uni students! Bila agaknya turn aku untuk come back as a student? I'll wai...
  • . : : RAMAH (Raya dan Ceramah) : : .
    Setelah sekian lama aku asyik jelajah-menjelajah blog blogger lain baru lah aku ada hati nak meng'update' entri yang baru untuk blog...

♥ TURUN NAIK ♥

♥ MY SWEET SOUR ♥

♥ KESIBUKAN TRAFIK ♥

♥ KERAJINAN VS KEMALASAN ♥

  • ►  2012 (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2011 (22)
    • ►  November (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (3)
    • ▼  April (1)
      • .:: 5 APRIL 2009 ::.
    • ►  March (1)
    • ►  February (4)
    • ►  January (5)
  • ►  2010 (10)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)

♥ CERITA TENTANG MEREKA ♥

  • MIRA UTTIKA
    Obat Jerawat Tradisional yang sangat Manjur - Obat jerawat tradisional Yang sangat Manjur. Jerawat, persoalan ini memang menyerang hampir semua orang. Karena itu jerawat bukan hanya membuat rasa tidak ...
    9 years ago
  • Diary Seorang AKU
    Cerita 2015 Seorang Ayim ^_^ - ALHAMDULILLAH Cerita 1. Setelah lama tidak berblogger. Muncul balik sebab baru ingat password bagai. UiTM di bawah Fakulti Filem Teater & Animasi (FITA) ...
    9 years ago
  • : : : Atashi no Sekai : : :
    Terakhir di sini - bismillahirrahmanirrahim.. firstly, alhamdulillah akhirnya aku berjaya menghabiskan tujuh semester pengajian. lega sbb dah jilid fyp dan dah habis exam. tu...
    10 years ago
  • e ♥ i
    3 Days to Kill (2014) - 2172934 Watch Movie 3 Days to Kill High QualityDownload 3 Days to Kill High Quality with duration 113 Min and broadcast on 2014-02-14 with MPAA rating is ...
    10 years ago
  • etyradzi
    tips putus cinta kaedah 20%! - hai u ols, Sebenarnya berat nak tulis, tapi aku saja share la what im doing kalau putuih cinta. gaya mcm banyak pengalaman jek kan tp i ols biasa2 aje. mu...
    10 years ago
  • .nade.
    Project best! - Ni semua barang yang akan keluar esok.. Alhamdulillah.. Untuk yang tak tau lagi..ni lagi satu project yang na buat..untuk sama-sama tolong orang yang pe...
    11 years ago
  • sayeMAMTECIKdia
    I HAVE MOVED! VISIT MY NEW BLOG.. =) - Assalammualaikum.. Bismillahirrahmanirrahim.. Hai.. Actually Dya perasan yang blog ni masih ramai yang view walaupun Dya dah lama tak update apa apa.. Uh...
    11 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom - Novel ini menduduki no 1 Carta Bestseller di POPULAR - Rujukan Akhbar Berita Harian 24 Februari 2012PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung ti...
    13 years ago
  • Aku Syok-Syok
    -

Labels

  • : : CERITA MASA DEPAN : : (2)
  • .:: Hasil Kreatif ::. (3)
  • ♥ acha ismail ♥ (7)
  • ♥ Damia Zulayka ♥ (2)
  • ♥ koleksi ♥ (3)
  • ♥ sekolah tempat menimba ilmu ♥ (2)
 
Copyright Ini Belog Usang Achaa Ismail
Design by site5 Blogger Theme by BloggerThemes