Assalamualaikum…
Hari ni genap 2 tahun. 5 April 2009 . Rasa macam baru semalam. Tak rasa pun Along dah tak ada 2 tahun dah. Memang betul… segala kenangan yang ada tu rasa macam baru semalam. Bukan 2 tahun yang lepas. Sungguh fresh! Agaknya kalau Along ada sekarang macam mana badan Along kan? Mesti gemok kan? Dulu Along selalu bangga sebab makan banyak pun badan dia maintain kurus. Pastu perasan dia la paling hensem kat dunia ni. Adik-adik dia yang lain semua tak hensem. Tapi Along ketot sikit! J . Nak buat macam mana kan… Along ikut mak… Rendah… Adik beradik yang lain ikut gen ayah. Tinggi sikit daripada Along. Tapi kalau cuma tengok saja memang Along nampak rendah…Cuba berdiri sebelah Along… Along akan nampak lebih tinggi sikit dari saya. Along dengan Angah macam sama tinggi je. Tapi Along & Angah tak boleh lawan Abang Cik dengan Uda… Depa memang sangat tinggi !!! Nala punya tinggi !!! (loghat mamak Penang) Adik pun tinggi jugak cuma adik ni kurus sikit.
Teringat saat dapat panggilan dari ayah… masa tu pukul 5 lebih… mungkin dalam 5.20 petang… Masa tu baru balik dari satu aktiviti PerFACT… Saya baru habis lipat kain baju yang dah basuh… Nada suara ayah pun still ingat macam mana… Ayah tanya “akak dok buat apa?” … Saya jawab jugak walaupun dalam hati rasa macam hairan sikit sebab ayah tak pernah call time2 macam tu. Muala2 suara ayah okey. Lepas tu terus ayah cakap “ Akak, Along dah tak da.” …Saya diam … “Eyh, Along kan ada dekat Johor.” … Masih tak dapat tangkap maksud tak ada … Bila ayah cakap Along dah meninggal saya jadi senyap sunyi… ayah panggil “Akak” … Saya balas “Ayah tipu!”… Masa tu rasa nak marah, nak jerit, rasa nak lempar semua barang… Memang saya jerit… memang saya jerit… memang saya jerit! Yelah… Sapa yang dapat terima semua tu dalam sekelip mata. Along baru talifon saya dalam minggu tu jugak. Kemudian Along ada call lagi dalam minggu yang sama cuma saya tak sempat nak jawab… I just sms him back to ask why… tak return call… tak sempat cakap dengan Along buat kali terakhir… Saya tak tau itu panggilan yang terakhir dari Along. Mula2 dulu masa Along tak ada tangan ni rasa rindu untuk call Along… cakap dengan Along… dengar caller ringtone Along lagu Akon… Sekelip mata Along tak ada… Along di pinjam untuk kami semua… Untuk semua yang kenal Along… Siapa kita untuk menghalang Dia mengambil hakNya kembali… Walaupun sakit… walaupun pedih… walaupun perit… Kita hanya pinjaman untuk menghiasi dunia dengan penuh warna… Warna suka dan warna duka…
Ingat lagi ayat yang penah saya cakap dekat Along “Eeee, Along… hang macam doremon!!! ” Bayang kan doremon yang rendah pastu gumuks tu! Haha! Along gelak ja sebab tak boleh nak kata apa dah. Along sangat caring. Adik dia gemok pun dia risau. Takut kena buli dengan orang lain. Lagi-lagi for sure adik perempuan tunggal dia yang comel lagi kiut ni! Kata Along dah la suka nangis! Nanti orang buli sikit nangis. Dalam fikiran Along mesti dia ingat saya akan kena buli sebab gemok la tu! Haha… Whatever la! Ingat ada orang nak buli saya ke? Ada bran??? Haha… Kalau nak kena hentak buat la! *Joke!*
Walaupun Along dah lama tak ada, tapi ingatan untuk Along tu tetap kuat. Kadang-kadang tu rasa rindu untuk panggil ‘Along’. Selalu ayat yang saya guna untuk panggil ‘Weh, Long!’, ‘Along’… Along pulak akan bahasakan diri dia Abang bukan Along macam kitorang family panggil. Along, Angah & Abang Cik akan bahasakan diri ‘Abang’ kalau nak cakap dengan kitorang dalam family. Uda dengan Adik je yang akan guna nama panggilan sendiri. Saya pulak semestinya la Akak… Kalau marah biasanya jadi ‘Orang’… hilang terus kakak…
Al-Fatihah buat Along…
MOHD SHAZRIL BIN ISMAIL, Miss you forever!
Satu-satunya kenangan Along dengan waris tunggalnya… Nur Aqilah Qistina
Along sempat dengan Qila 14 hari sebelum kejadian...
Kenangan waktu Along kahwin… saya sangat gemoks kan????
Waris tunggal Along… Nur Aqilah Qistina Binti Mohd Shazril, 2 tahun
Kami semua sayang Along especially Mak & Ayah...
Dari kiri : Along, Angah, Akak, Abang Cik, Uda & Adik
Di edit Oleh : NATASHA SHAZWANI BINTI ISMAIL
Walaupun tak smooth ini je yang saya mampu atas permintaan Kak As
Picture ni di letakkan sebab tak puas hati picture saya dengan Along kat atas tak comel J
LOVE! LOVE! LOVE! LOVE! LOVE ALONG!!!!!!!!
AL - FATIHAH...
2 Surat Layang:
Al - fatihah..semoga tenang di sana..
*sy pn 'kehilangan' abg jgk.... T_T
Al-fatihah...
tak pe ita...abg yg tu boleh di cari ganti...mungkin ada yang lebih baik dari sekarang???
Post a Comment